Sy terjumpa ubt kuat yg di mkn suami, rasa pelik sbb suami dh 2thn xpernah sentuh sy

Foto sekadar hiasan. Salam admin, saya minta profile saya dirahsiakan.. saya seorang ibu anak 1, saya dah berkahwin 3 tahun..masalah saya dan suami adalah suami tidak mahu memberikan nafkah batin, kami sudah tidak bersama hampir 2 tahun lebih dari saat saya disahkan h4mil.. pada mulanya apabila kami tidak bersama saya fikir mungkin kerana kami sama-sama fikirkan keselamatan bayi yang saya kandung..

kerana suami terlalu inginkan anak..saya disahkan h4mil..alhamdulillah..Allah swt memberi rezeki awal pada kami..Saya tidak mengambil kisah pada mulanya dan berfikir mungkin suami kesiankan saya dan menunggu sehingga saya habis pantang..

tetapi anggapan saya salah… sehingga kini dia masih dingin..sudah banyak usaha yang saya lakukan.. berpakaian sksi, makan jamu (untuk persediaan dalaman), bercuti, cuba mengg0da dengan membelai tetapi masih macam tu..

saya sudah suarakan masalah ini berulang kali tapi jawapannya hanya..nantilah..sabar la..dan terus terang saya tidak suka bergduh.. saya sentiasa ambil pendekatan beralah dan berbaik..

Sebab pada saya suami seorang yang sempurna dari semua segi kecuali hal batin, dia boleh bawa saya jalan2, belikan barangan, beri nafkah wang bulanan, baik dengan keluarga saya dan ayah yang baik..

dimata semua orang kami adalah keluarga yang sangat bahagia dan sempurna..walaupun saya sunyi..

saya seorang yang berkerjaya jadi kewangan bukan masalah utama kerana saya sentiasa terima apa yang diberi dan kebiasaannya saya lebih suka membeli barangan pakai wang sendiri..

oleh yang demikian saya kadang-kadang pernah terfikir untuk bercer4i..Tetapi apabila memikirkan tiada manusia yang sempurna dan hubungan s3ks bukanla satu keperluan walaupun kadang kala saya rinduk4n belaian itu…

maka saya ambik pendekatan untuk sabar dan banyak berdoa pada allah swt untuk buka pintu hati suami, Makin saya berdoa..allah memberikan saya petunjuk..

saya terjumpa bil hotel dan apabila check balik tarikh tersebut (5 bulan lepas) dia menyatakan bahawa dia sedang kerja outstation diluar Bandar dan alamat hotel tersebut adalah kawasan kuala lumpur…

hati saya bergoncang hebat..memikirkan kenapa dia men1pu..memikirkan dengan siapa dia tidur.. kerana hotel tersebut adalah hotel 5 bintang..adakah suami saya ga y..atau ada perempuan lain sehingga tidak bernfsu kepada saya.

Sebab saya boleh dikategorikan cantik manis..tubuh langsing..tapi suami tak pernah pandang saya…tak pernah cuba membelai apatah lagi memuji..tak pernah..

Kemudian baru-baru ini saya terjumpa sachet yang telah dikoyak bekasnya..sekali lagi hati saya bergoncang…apa kah ini bekas kol0ndom ke?

Hati mula bertanya sendiri..setelah google baru saya tahu itu ubt untuk tenaga batin lelaki untuk membuat z4karnya lebih hebat..saya bertanya dengan diri sendiri..kenapa perlunya ubt ini?

Pakai ubt ini untuk bersama siapa sedangkan aku tidak disentuh…allah swt… petunjuk apakah ini lagi…apakah penipuan lain yang tidak aku ketahui…

Saya kemudiannya bawa bertenang dan berdoa..sekiranya ada kebaikan dalam rumah tangga kami.. semoga hubungan ini akan kekal hingga ke jannah dengan penuh kasih sayang..andai tidak..

berikan aku kekuatan dan petunjuk..serta m4tikan lah perasaan sayangku padanya…kemudian saya berfikir..hebatnya perjalanan hidup ketentuan allah swt ini..

mungkin inilah kebaikkannya kenapa allah swt tidak membuka pintu hati suami untuk menyentuhku..mungkin supaya tiada berpindah peny4kit kepadaku sekiranya dia ada hubungan diluar…

Jadi walaupun saya telah jumpa bill hotel dan bekas ubt tersebut (saya diamkan hal ini dan saya tidak beritahu suami kerana saya tahu suami akan menafikan perkara ini dengan pelbagai alasan)…

dan saya banyak men4ngis mengenangkan hubungan perkahwinan saya yang tidak normal ini.. saya masih lagi berbuat baik dan memberikan layanan yang sama..

kerana saya merasakan ini adalah tanggungjawab seorang isteri..dan apabila saya membaca cerita dalam krt ini..lebih banyak perkahwinan yang lebih malang dari saya..

Mungkin suatu hari nanti saya akan meminta cer4i apabila saya mempunyai bukti yang kukuh..bukti yang tak mampu dinafikan oleh suami..

Mungkin warga krt disini ada pendapat atau cadangan yang lebih baik mungkin yang tidak pernah lagi saya lakukan untuk rumahtangga saya..

saya nak selamatkan rumahtangga saya..pada masa yang sama..saya nak tahu kebenaran walaupun pahit…

KISAH KE 2. Ini kifarah untuk aku, suami selalu pergi rumah bekas isterinya untuk melepaskan nfsu ketika saya kerja.

Assalam.Saya ingin berkongsi dgn semua pembaca tentang kisah rumah tangga saya yang cuma bertahan selama setahun. Saya berkahwin dgn duda. Saya kini h4mil anak sulong.

Dulu isteri dia yang minta cer4i sebab tak mahu bermadu, sekarang Saya dapat tahu suami selalu ke rumah bekas isteri untuk memuaskan nfsu apabila saya keluar bekerja.

Suami kerja sendiri. Saya bertanya hal tersebut dan sedia berbincang dgn suami andai ada kekurangan saya. Tetap suami tidak mengaku.

Saya berdiam diri kerana taknak bergduh tetapi dalam diam saya berjumpa dgn ketua taman perumahan bekas isteri utk memaklumkan kejadian itu. Ketua taman sedia memberi kerjasama.

Tuhan maha adil, satu malam saya maklumkan kepada suami utk pulang ke rumah emak saya. Saya sembunyi dalam kereta yang saya sewa khas.

Tuhan maha adil, suami saya ke rumah bekas isteri utk tido. Malam tu jugak ketua taman tangkap suami dgn bekas isterinya.

Mereka mengaku bernikah tetapi apabila minta bukti nikah tak ada. Suami saya telah dilarang ke rumah bekas isteri sehingga dapat tunjuk bukti.

Hampir sebulan kejadian tersebut dan sebulan juga suami tidak ke sana. Apa yang menyed1hkan saya, ketua taman mengaku pada suami saya yang report.

Suami sangat marah dan mencer4ikan saya kerana telah memalukn dia. Saya sed1h kerana ketua taman tidak amanah tetapi saya bersayaukur kerana saya tidak perlu hidup dgn lelaki yang suka berz1na.

Saya akan terus kuat utk ank didalam kandungan. Tiada istilah sayang suami kerana risau anak tidak mendapat kasih sayag ayah.

Tetapi saya lebih risau hidup dgn lelaki yang tidak tahu beza halal h4r4m. Bagi mereka yang senasib dgn saya….jgn dera perasaan sendiri dan anak2 kerana suami yang tidak bertanggungjawab. Terima kasih admin

Sumber IIUM

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  www.two.e-kesah.com