Gadis Baju Kebaya Ini Kena Sam4n JPJ Kerana Video Naik RXZ Tul4r. Ini Luahan Sed1h Gadis RXZ Kebaya Tentang Apa Terjadi

“Sekarang ramai rakam video menaiki kenderaan sebagai kandungan di media sosial. Tapi kalau l4ngg4r undang-undang, ia jadi bukti kepada kami untuk ambil tindakan,” kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin.

Beliau berkata demikian ketika mengulas sam4n dikeluarkan terhadap Instafamous dari Dungun yang mel4ngg4r peraturan jalan raya ketika merakam aksi menunggang RX-Z di media sosial baru-baru ini.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan wanita berkenaan yang berpakaian baju kebaya merah mempamerkan kecekapannya menunggang RX-Z di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut, Dungun.

Zulkarnain berkata, pihaknya sudah memanggil wanita berkenaan dan dia mengakui k3silapannya sebelum menjelaskan denda bagi dua k3salahan iaitu tidak memakai topi keledar dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi sebanyak RM370.

Beliau berkata, JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mel4ngg4r peraturan jalan raya.

“Jika kami menerima laporan bergambar atau video berkaitan k3salahan jalan raya seperti tidak memakai topi keledar atau memaparkan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan, kami akan menjalankan si4satan.

“Walaupun video dan bukti itu daripada media sosial peribadi, tindakan akan diambil ke atas pemilik kenderaan.

“Jika sabit k3salahan boleh didenda RM2,000 bagi setiap satu k3salahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Menurutnya, pihaknya mempunyai kaedah tersendiri untuk memantau k3salahan dilakukan pengguna jalan raya di media sosial.

“Jika ada gambar atau video dan bukti yang jelas, kami akan mengambil tindakan oleh itu pengguna jalan raya perlu sentiasa peka dan mematuhi undang-undang,” katanya.

GADIS KEBAYA RXZ LUAH PERASAAN

Gadis bernama Laila Eyalani atau lebih dikenali sebagai Mok Epah luahkan rasa k3sal dengan apa yang terjadi.

Beliau sendiri tidak sangka akan disam4n dan lebih teruk apabila pihak berkuasa minta beliau bawa motor RXZ tersebut untuk pemeriksaan mungkin untuk pastikan motor tersebut bukan motor curii.

Sumber : HMETRO ONLINE / Mokepah

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ASN