Nama penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah sekali lagi menjadi bualan hangat dikalangan peminat baru-baru ini selepas dia dikatakan telah menyekat Instagram penyanyi nombor satu negara, Dato Sri Siti Nurhaliza.
Tidak Sedar Sekat Akaun Instagram Siti
Bagaimanapun, tegas Aishah dia tidak sengaja berbuat sedemikian kerana akui tersalah menyekat akaun yang disangka nya netizen yang cuba mengecam nya sebelum ini. Tambah Aishah, dia hanya tahu mengenai perihal tersebut selepas diajukan soalan oleh seorang wartawan.
Jelas Aishah yang membawakan lagu Siti berjudul Aku Bidadari Syurgamu pada pentas AJL35 baru-baru ini, hubungannya bersama Siti tidak mempunyai sebarang masalah malah turut menganggapnya seperti seorang adik.
“Hadoi hari ini I dihubungi seorang wartawan bertanyakan samada gosip yang melanda mengatakan I dan adinda @ctdk tak bertegur?”
“Tergamam sekejap I dibuatnya. Biar betul ni cerita apa pulak ni? Laaaa rupanya berpunca dari I terblock IG adinda tersayang I ni. Tepuk dahi I tadi”
“Ok let me explain supaya uolls jangan membuat andaian tak tentu arah ok. Semasa Semi Finals lepas ada orang yang tag I ke IG adinda ku ini”
“Dan semasa panas tu kan, akak terbaca kec4man dalam akaun tu. So untuk meredakan hati yang sed1h dikec4m dicemuh dan macam-macam lagi I block.I tak perasan pun yang ini IG utama beliau. Kerana adindaku ini superstar, I jadi confuse pasal I tengok banyak betul IG yang ada nama beliau”
“Kelakar kehidupan sekarang ye kalau tak boleh tag IG seseorang terus orang tujal fikir benda bukan-bukan. Hahahah commonlah there is life beyond social media.Elok je @rozisangdewi hubungi I dengan ucapan Siti,” jelas Aishah di Instagram pada Rabu.
https://www.instagram.com/p/CMhKdT7hJtJ/
Bakal Berundur Dari Dunia Seni
Dalam pada itu, menerusi sebuah hantaran lain, Aishah memberi bayangan untuk berundur daripada dunia seni tidak lama lagi.
“Life must go on,buat sementara ini I akan terus berkarya dan menyanyi.Harapan I di masa taklah lama lagi I akan dapat laksanakan impian-impian I yang belum tercapai”
“Yang s4kit sangat hati dengan kehadiran I dalam industri ini jangan risau,I wont be here forever.Ada beberapa perkara yang I terpaksa lunaskan sebelum berundur diri.Berkarya hanya bila ianya menyenangkan dan menghiburkan hati”
“Seni muzik halwa telinga sepatutnya memberikan kegembiraan kepada yang mendengar.Tujuan dan definasi lagu itu ialah irama yg menyampaikan cerita.Jangan dicemari keindahan seni itu dgn hati yg kusam dan kosong itu.Jaga diri semua” tulisnya lagi
Kongsi pelantun Janji Manismu ini, dia akan berbuat demikian setelah merealisasikan beberapa impiannya dan ketika ini akan terus menghiburkan peminat.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai my