Sekian lama menantikan cahaya mata kedua, akhirnya pada tanggal 12 Februari lalu, pasangan pelakon dan pengacara popular, Scha Alyahya dan Awal Ashaari selamat menimang cahaya mata kedua mereka.
Sejak si comel Lyla Amina dilahirkan, Instagram kedua pasangan ini sering diterjah dengan wajah-wajah Lyla Amina yang saling tak tumpah seperti kakaknya, Lara Alana.
Namun bukan hanya Lyla yang semakin menjadi perhatian para pengikut Awal dan Scha, kini gelagat anak sulung mereka, Lara Alana juga amat mencuit hati.
Bergelar kakak kini, gelagat dan aksi Lara sememangnya mencuit hati. Terbaru menerusi Instagramnya, Awal turut berkongsi sebuah videonya yang terpaksa membahagikan kasih sayang pada kedua anaknya.
Namun bukan cara Awal yang menarik perhatian wargamaya sebaliknya gelagat Lara yang cembvru dengan adiknya mula menjadi perhatian ramai.
“How about me” tanya Lara kepada ayahnya bila mana Awal sedang mengagah adiknya.
Rupanya sepanjang mengagah Lyla, kakak Lara memerhatikan dari jauh dan mula cembvru pada adiknya.
Namun bijaknya Lara, dia tidak merajuk atau menangis tetapi sekadar bertanya kepada ayahnya.
Namun sebaik disapa oleh Awal, wajah masam Lara kembali tersenyum manis dan ceria. Bijaknya kakak Lara!
Dalam pada itu, video perkongsian Awal kini semakin jelas menampakkan wajah Lyla yang sama seperti kakaknya. Malah seakan serupa. Comel seperti kakaknya ketika waktu kecil.
Rata-rata warganet turut menyatakan hal yang sama. Sebijik kakak Lara!
” Sebijik Kakak Lara.
” How about me”, comelnya. You still no 1 Lara sayang!
” Macam Lara ni, cute sangat!
View this post on Instagram
Terbaru, Scha dan Awal kini muncul dalam satu program realiti terbaru Schawal Baby Boom yang bersiaran pada setiap Khamis, jam 9 30 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Menariknya kisah kelahiran si comel Lyla Amina turut dikongsikan secara eksklusif kepada umum menerusi program ini. Jangan lupa menonton!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Pa&Ma