MENERIMA banyak aduan daripada penggiat seni tentang kekerapan melakukan ujian calitan untuk setiap projek kerja menyebabkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tergerak untuk mencadangkan agar kerajaan mempertimbangkan sunt1kan vaksin diberikan terlebih dahulu kepada golongan selebriti.
Presidennya, Zed Zaidi atau nama sebenarnya, Rozaidi Jamil, 41, berkata kerajaan sepatutnya ‘mempergunakan’ pengaruh besar dan meluas yang dimiliki oleh anak seni untuk menyebar luaskan pengetahuan serta kebaikan vaksin cov1d-19.
“Kalau kita perhatikan banyak negara luar memanfaatkan dan menggunakan pengaruh golongan selebriti untuk membantu dalam memberitahu kebaikan pengambilan vaksin kepada rakyat mereka.
“Kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama di sini. Seniman bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi cov1d-19 melalui media sosial para selebriti tersebut. Kalau kerajaan tak gunakan pengaruh yang ada pada artis, rugilah.
“Kita ambil contoh paling dekat, seperti di Indonesia, mereka melantik selebriti sebagai ikon dan individu yang terawal untuk terima vaksin. Ia dilakukan agar dapat meyakinkan rakyat mereka bahawa vaksin itu selamat selain dapat menolak gerakan anti vaksin yang turut dilaungkan beberapa selebriti sebelum ini,” katanya kepada mStar.
Zed ditemui pada majlis sidang media Survival Pandemik Anak Seni yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (m4tic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu.
Selain itu, Zed juga memohon kerajaan mempertimbangkan kekerapan ujian calitan yang terpaksa dilakukan golongan selebriti setiap kali memulakan sesebuah projek baharu.
Dia berharap prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan itu dilonggarkan bagi meringankan beban mereka untuk terus berkarya.
“Seniman banyak dapat aduan daripada artis lebih-lebih daripada pelakon yang mana mereka perlu melakukan banyak kali swab test. Bila dia ada banyak job, kena buat swab test banyak kali.
“Kami harap kerajaan dapat kurangkan SOP bagi meringankan beban mereka untuk berkarya. Ada yang sampai kata dah fed up nak buat swab test banyak kali, dahlah sekarang susah untuk mereka dapat job.
“Kalau dah dapat vaksin, tak perlulah mereka banyak kali buat swab test setiap kali dapat offer kerja. Dari situ dah dapat jimat kos… ingat tak s4kit hidung kena cucuk banyak kali?” katanya.
Sementara itu dalam perkembangan, Zed berkata Seniman kini mensasarkan 100 anak seni sebagai perantis pertama program Survival Pandemik Anak Seni yang mendapat kerjasama produk k3sihatan VML.
Program itu, katanya adalah salah satu usaha serta sokongan Seniman untuk membantu anak seni yang terjejas dari sudut pendapatan dalam kelangsungan hidup melalui perniagaan.
“Kami sedar tidak semua anak seni mampu untuk memulakan perniagaan kerana memerlukan modal yang besar, menerusi usaha sama ini, mereka bukan saja mendapat bimbingan malah juga latihan asas modul perniagaan serta bantuan dari sudut promosi supaya dapat menjana ekonomi anak seni untuk bergelar ahli perniagaan,” katanya.
Sumber : MstarOnline
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : ASN