Didakwa Sengaja Menyekat Akaun Instagram Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ini Jawapan Aishah Memang Tak Disangka

Kuala Lumpur: Penyanyi Aishah didakwa sengaja menyekat akaun Instagram penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza seperti yang ditularkan di laman Twitter beberapa hari sebelum Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) berlangsung.

Aishah bagaimana pun menafikan perkara itu dengan menjelaskan dia tidak sengaja menyekat IG Siti.

“Hari ini saya dihubungi seorang wartawan bertanyakan sama ada gosip yang melanda mengatakan saya dan adinda Siti tak bertegur? Tergamam sekejap dibuatnya. Biar betul, cerita apa pula ni. Rupanya berpunca dari saya tersekat IG Siti. Tepuk dahi saya tadi.

Ramai Terkejut Aishah Ganti, Sekali Siti Nurhaliza Beri Komen Yg Tak Disangka – Siakap Keli Press

“Okay, biar saya jelaskan supaya anda jangan membuat andaian tak tentu arah. Semasa separuh akhir Muzik Muzik 35 lepas ada orang tag saya ke IG Siti. Dan semasa panas tu kan, saya terbaca kec4man dalam akaun tu. Jadi, untuk meredakan hati yang sed1h dikec4m, dicemuh dan macam-macam lagi saya sekat.

Tak perasan pun yang ini (@ctdk) akaun utama Siti. Kerana dia superstar, saya menjadi keliru sebab saya tengok banyak betul IG yang ada namanya.

“Kelakar kehidupan sekarang ya. Kalau tak boleh tag IG seseorang terus orang fikir benda bukan-bukan. Inilah kehidupan di luar media sosial. Elok saja Rozi (pengurus Siti) hubungi saya dengan ucapan Siti,” katanya.

Menerusi hantaran dimuat naik di IG, Aishah berkata, sebagai orang lama komunikasi secara terus lebih penting berbanding akaun media sosial.

“Anda kena tahu saya ini orang lama. Komunikasi secara terus itu lebih penting dari akaun media sosial. Gambar ini hadiah ‘fruit basket’ daripada Siti semasa AJL 35 yang lalu. Baru hari ini dapat ucap terima kasih.

“‘Enjin vintage’ perlu masa rehat. Jadi, tidak perlu nak spekulasi perkara bukan-bukan dan nak mulakan kec4man pula. Tabayyun (selidik) sebelum buat kesimpulan. Selepas itu sampaikan di media sosial andaian anda. Tengok-tengok tak betul, terus jatuh hukvm f1tn4h.

“Selagi ada dalam akaun anda, selagi itulah d0sa mengalir. Jadi ‘chill’ okay. Mari kita ‘move on’. Jaga diri semua,” katanya.

Terdahulu, perkara itu mula dibangkitkan segelintir pihak apabila hantaran ucapan dimuat naik Siti di Instagram tidak bertanda (tag) nama Aishah sebaliknya ditulis biasa. Sebaliknya, nama artis lain bertanda (tag) akaun masing-masing.

Aishah dipilih menggantikan Siti pada separuh akhir Muzik Muzik 35 dan AJL 35 bagi menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber Hmetro