Penerbit Michael Ang tampil menyuarakan pendapat mengenai cadangan menjadikan selebriti sebagai frontliner bagi diberi vaksin lebih awal.
Bagi Michael, 46, pelajar sekolah dan pekerja yang bekerja di pusat membeli-belah serta pasar adalah individu yang layak untuk didahulukan.
Katanya, selebriti kerap melakukan ujian calitan atau swab test bagi memenuhi syarat wajib sebelum memulakan penggambaran baru.
“Salam semua! Terbaca ni tadi! Tepok kejap lagi kita semua akan kena henc4p dan ‘di-anj1ngkan’!
“Bagi aku la, vaksinkan dulu pelajar tu dan yang kena kerja kat pasar, kat pusat membeli-belah, tempat makanan.
“Saya rasa diorang lagi penting kot! Kita artis ni sabar saja la buat Covid test tu! Artis kan setiap kali kena cucvk dapat duit sebab ada program baru kena cucvk kan.
“Jadi bertabahlah tak payah la nak minta pot0ng barisan! Sekian terima kasih dan sekadar pendapat saya saja okey!” tulisnya di Instagram (IG), semalam.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak