PELAKON Sharnaaz Ahmad melihat keputusan bek4s isterinya, Noor Nabila Mohd Noor untuk mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran Zainal Abidin sebagai perkara baik.
Menurut Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, Nabila juga berhak untuk mencari kebahagiaannya sendiri.
View this post on Instagram
“Nabila berhak untuk mencari kebahagian dia sendiri, dia pun masih muda.
“Bagi saya untuk dia mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran, adalah satu benda yang sangat baik.
“Dan saya sebagai bek4s suami pada Nabila, ingin mengucapkan selamat pengantin baru pada Nabila dan Engku Emran. Semoga bahagia hingga ke anak cucu.
“Jaga Jebat elok-elok,” ujarnya menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, ramai pengikut Instagram Sharnaaz turut mendoakan aktor itu segera bertemu jodoh.
Nabila dan Sharnaaz berkahwin pada 31 Mac 2017 dan bercer4i secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad, 3 tahun.
Nabila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan bekas suami Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella iaitu Engku Emran pada pagi Jumaat dengan sekali lafaz.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinarplus