Isu ‘Honeymoon’ Di sabah, Akhirnya Nur Risteena Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

SUSULAN kebimbangan yang disuarakan netizen berhubung perjalanan Isa Khan ke Sabah, isterinya Nur Risteena akhirnya tampil menjelaskan perkara sebenar.

Ujar Risteena atau Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 32, dia dan suaminya berkunjung ke negeri itu atas urusan kerja selepas mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.

“Kami di Sabah ada urusan kerja dan telah dapatkan surat merentas untuk tujuan kerja.

“Saya yakin pihak p0lis lebih arif, jadi saya fikir tak perlu post tentang kerja di IG saya untuk puaskan hati semua orang,” katanya menerusi posting di Instagram pada Isnin.

TONTON VIDEO RISTEENA DAN ISA DI SABAH!

Sebahagian rakaman yang dikongsikan Isa dan Risteena.

Terdahulu mStar melaporkan mengenai pertikaian orang ramai di media sosial tentang tindakan Risteena dan suaminya Isa atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, 28, bercuti dan menikm4ti bulan madu di Semporna, Sabah.

Ia susulan tindakan pasangan itu sendiri yang kerap memuat memuat naik foto dan video aktiviti percutian mereka di sana selain tulisan ‘honeymoon’ pada posting mereka.

Sehubungan itu netizen cuba mengaitkan ins1den membabitkan Instafamous dan suaminya memberi keterangan palsu berhubung alasan bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri.

 

Saya hanya share apa yang saya nak share saja di IG.

NUR RISTEENA

PELAKON

Hasil si4satan p0lis akhirnya membuka kertas si4satan terhadap pasangan suami isteri Instafamous berkenaan yang merentas negeri untuk tujuan bulan madu mengikut Seksyen 22(d) Akta Pencegahan Dan Pengawalan peny4kit Berj4ngk1t 1988 (Akta 342).

Sebelum ini kerajaan memberi kebenaran bagi aktiviti pelancongan rentas antara negeri di bawah Perintah Kawalan

Pergerakan Pemulihan (PKPP) menerusi program Gelembung Pelancongan Bersasar.

Bagaimanapun Selangor dan Kuala Lumpur termasuk antara enam negeri yang masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 31 Mac ini.

Pada posting ini jelas kelihatan tulisan ‘honeymoon’ bersama ikon kapal terbang.

Selain itu menerusi posting yang sama Risteena berharap semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi tidak berasas.

“Saya hanya share apa yang saya nak share saja di IG.

“Harap semua tidak membuat spekulasi yang tidak betul,” katanya.

Isa dan Risteena bernikah pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar