Syura Ditawar RM100,000 Layan Sugar Daddy Dalam Bilik

Penyanyi dan usahawan produk kosmetik, Syura Badron mendedahkan dia ada menerima tawaran daripada pihak tidak dikenali menawarkan wang RM100,000 untuk dijadikan wanita simp4nan oleh ‘sugar daddy’.

Kata ibu tunggal kepada tiga orang anak itu, dia menerima mesej tawaran aktiviti tidak bermoral itu menerusi DM di Instagram baru-baru ini.

“Saya ditawarkan sekitar RM100,000 hanya untuk perkhidmatan melayan ‘sugar daddy’ selama beberapa jam yang syaratnya di dalam bilik sahaja. Memang mengejutkan, tapi terima kasihlah saya tak berminat langsung,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Syura lagi, dia juga dimaklumkan dengan terperinci mengenai pembayaran dimana RM70,000 akan dimasukkan ke akaun sebagai deposit, manakala bakinya pula diterima selepas perkhidmatan.

Akui terkejut dengan mesej yang dikirim oleh pihak berkenaan, Syura menegaskan dia tidak memerlvk4n tawaran sebegitu untuk menyara anak-anak.

“Saya tidak memerlvk4n tawaran sebegitu untuk mencari rezeki bagi menyara anak dan keluarga. Banyak kesan burvknya, selain wang diperoleh itu memang sah h4r4m di sisi agama.

“Apapun, sekarang rezeki saya dan keluarga dimurahkan Allah SWT sejak mengusahakan produk kosmetik Charmant. Alhamdulilah, saya sangat bersyukur dan terima kasih atas sokongan pelanggan,” katanya.

Dalam pada itu, Syura tidak menafikan tindakan aktifnya memuat naik pelbagai video di Instagram menjadi tarikan pihak berkenaan memberi tawaran yang mungkin kasihan melihat dia bersusah payah promosi pemasaran produk.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya