Dapat Ibu Baru, Pesanan Erra Fazira Kepada Anaknya, Aleesya Beri Inspirasi

Susulan dari berita perkahwinan Engku Emran dan Nabila Mohd Noor, nampaknya primadona Malaysia Erra Fazira menjadi sasaran media untuk mengulas tentang hal ini. Lagi-lagi apabila melihat foto anak tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 11, duduk di pelamin bersama bapa dan ibu barunya. Anak Noor Nabila, Jebat Jayden juga di sisi ibunya dalam foto tersebut.

Walaupun kini Aleesya sudah mempunyai ibu baru, namun ada sebilangan netizen yang berfikir hubungannya dengan Erra sebagai ibu kandungnya akan terjejas. Sebenarnya, Erra  sentiasa menemani anaknya walaupun sebelum ini Emran pernah berkahwin dengan bintang Indonesia, Laudya Cynthia Bella. Ini terbukti melalui foto-foto bersama anaknya yang dimuatnaik di laman Instagramnya.

Pesanan Erra Kepada Aleesya Supaya Dapat Bertemu di Syurga

Bercakap soal keakraban Erra dan Aleesya, pasti ia akan membuatkan ramai yang tersentuh hati. Sebelum ini Erra pernah berkongsi perasaan dan pesanannya kepada Aleesya sekiranya dia tiada lagi di dunia ini.

Luahan Erra ini dipertontonkan melalui rancangan  A Bit With Ebit Musim 2 Episod 1 di TV Al Hijrah beberapa tahun yang lalu.

Menurut Erra, dia mahu Aleesya selalu berbuat baik dan ingat Tuhan supaya mereka berdua dapat bertemu di syurga suatu masa nanti.

“Saya memang selalu pesan dekat Aleesya, selalu ingat Allah”- kata dengan nada seb4k.

“Berbuat baiklah, kerana di masa hadapan, kalau nak jumpa Mama di syurga, perlu buat baik dengan amalan. Saya tanya ‘ nak tak jumpa Mama di Syurga?’, suatu masa nanti Mama akan pergi, jadi matlamat kita nak jumpa di syurga. Kalau nak berjumpa di syurga, ada syarat, kena berbuat baik, kena selalu ingat Allah. Dan segala perbuatan Aleesya kalau salah, mungkin kita tak dapat berjumpa di syurga.”- katanya

Erra berkata, dia sering tekankan mengenai pertemuan disyurga kepada anaknya selepas menunaikan solat.

“Jadi selalu lepas solat, saya selalu tekankan, kita nak jumpa di syurga. Itulah pesan saya kepada Aleesya, memang nak berjumpa di syurga.”

“Macam tu juga kalau dengan Mak saya. Saya sedaya upaya nak jadi anak yang baik, yang sentiasa melaksanakan tanggungjawab. Jadi saya harapkan doa mak dan atas doa mak itu, mungkin kita akan disatukan di Syurga. Itulah doa dan harapan saya”- luah Erra sambil mengalirkan airmata.

Terharu mendengar pesana bekas pemenang Ratu Cantik Malaysia 1992 itu kepada anak kesayangannya. Murai MY berharap pesanan ini turut menjadi inspirasi ikutan kepada semua yang bergelar ibubapa.

Untuk info, Erra mendirikan rumah tangga bersama Emran pada 2007 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aleesya pada 2009. Bagaimanapun kedua-dua memutuskan untuk bercer4i pada 2017.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my