Disoal Jika Mahu Berhubung4n Sejen1s, Ini Wanita Pilihan Kareena Kapoor!

Dengan nada bersahaja, aktres bollywood cantik Kareena Kapoor telah membuat pengakuan mengejutkan kepada peminatnya.

Kareena mededahkan bahawa jika beliau  terpaksa mempunyai perhubungan sesama jenis, beliau akan bersama dengan adik iparnya sendiri iaitu aktres jelita Katrina Kaif. Untuk info,  Ranbir Kapoor terdahulu pernah menjadi pasangan Katrina Kaif.

Foto: Hindustan Times

Kareena Kapoor Khan terkenal dengan sikap terbuka dan jujur. Suatu ketika, ketika berada di Koffee With Karan, dia bercakap tentang Katrina Kaif.

Dalam rancangan yang dikendalikan oleh Karan itu, mereka berdua bermain permainan ‘rapid fire’ (soalan cepumas). Kareena ditanya:

“Jika anda diancam untuk terpaksa melakukan hubungan sejenis dengan seorang wanita, siapa yang akan anda sukai?”- tanya Karan.

Tanpa mengambil masa yang lama, Kareena menjawab bahawa dia akan bersama dengan Katrina Kaif. Alasan yang diberikan, Kareena lebih selesa dan percaya dengan ahli keluarga sendiri.

“Saya percaya pada keluarga saya,” tambahnya.

Jelas sekali, wajah Karan dan Ranbir Kapoor begitu terkejut mendengarnya. Ranbir terus berkata;

“Saya tersepit dengan kakak ipar.”- katanya secara ringkas.

Kareena dan Ranbir muncul di Koffee With Karan pada tahun 2014. Katrina dan Ranbir didakwa berpisah pada tahun 2016.

Kedua-duanya bertemu ketika mengerjakan filem mereka Ajab Prem Ki Ghazab Kahani (2009). Walaupun tidak diketahui mengapa sebenarnya pasangan itu berpisah tetapi laporan  menyatakan bahawa terdapat banyak sebab dan masalah keserasian menjadi yang utama.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my