Akaun Instagram (IG) milik pelakon Nonny Nadirah mencvri tumpuan apabila memaparkan sebuah hantaran berbentuk video seorang wanita s3ksi. Hantaran dimuat naik pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah menimbulkan persolan mengenai penampilan terbaharu dirinya.
Menerusi hantaran tersebut, wanita itu dilihat memakai visor bagi melindungi wajahnya dan mengenakan seluar pendek sambil duduk di bahagian penumpang belakang sebuah kereta.
“It’s good to be back,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sementara itu di ruangan komen pada video tersebut juga telah ditutup.
View this post on Instagram


Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 23,000 tontonan daripada pengikutnya. Malah, berdasarkan tinjauan di akaun Instagram yang mempunyai 483,000 pengikut itu, dia sudah memadam semua hantaran sebelum ini.
Terdahulu, Nonny, 32, atau sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin tampil bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Januari 2019.
Dalam satu laporan temubual, Nonny diminta pandangannya mengenai segelintir golongan artis yang kembali membuka hijab selepas bertudung.
“Pada saya, ujian dan dugaan yang Allah berikan kepada kita adalah berbeza. Allah pula menghadirkan ujian kerana Dia menyayangi hamba-Nya. Tuhan juga takkan menduga seseorang manusia dengan ujian di luar kemampuannya. Jika boleh dihadapi ujian itu, insya-Allah perkara lebih besar dan baik akan diberikan kepada kita.
“Kita juga perlu sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Saya, umpamanya, mengajar diri untuk terlebih dahulu mencari salah sendiri daripada sibuk memperkatakan kesilapan orang lain.
“Cari persekitaran yang baik, insya-Allah kita juga akan menjadi orang yang lebih baik,” katanya.
Imbas kembali, Nonny pernah menjalinkan hubungan bersama aktor Niezam Zaidi, 29, sehingga merancang untuk ke alam perkahwinan.

Namun hubungan tersebut putvs di tengah jalan apabila masing-masing memilih untuk membawa haluan sendiri.
Sementara itu, cubaan menghubungi Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 32, namun masih belum menerima sebarang respon.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak