Penyanyi Siti Sarah berkongsi kisah suka dvka kehidupannya sebelum berjaya bergelar usahawan.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya, Sarah mengimbas kembali nostalgia perjalanan hidupnya membesar di sebuah pangsapuri di Keramat.
Menurut Sarah, dia bukanlah hadir dari keluarga yang senang dan untuk mencapai hingga tahap hari ini semuanya adalah kerana hasil usaha kerja keras.
“Seb4k rasa bila jejak balik tempat Sarah dibesarkan dulu. 22 tahun Sarah dibesarkan kat sini. Mungkin ada yang tahu dan ada juga yang tak tahu Sarah sebenarnya dibesarkan di Keramat. Ni la cerita suka duka Sarah.
“Ini lah sekolah, tempat mengaji, tempat main, semua dekat dengan rumah ni. Awal-awal jadi artis pun ni lah tempat Sarah tinggal, semuanya bermula dari bawah. Mana ada terus hidup senang, semua kena ada usaha,” tulisnya.
View this post on Instagram
“Sarah ingat lagi zaman Malaysia ada krisis kewangan tahun 1997, walaupun abah Sarah seorang anak seni, abah juga terkena tempiasnya.“Tak ada kerja langsung, mengarah ataupun berlakon, sampaikan kami dah tak mampu nak bayar kereta.“Kerana tanggungjawab yang besar hilang rasa malu, abah pergi belajar buat roti canai,” kongsinya.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak