Pengantin baharu dipercayai lem4s ketika mandi di Tasik Kenyir

HULU TERENGGANU – Seorang lelaki dikhuatiri lem4s semasa mandi di Sungai Petuang, Tasik Kenyir petang semalam.

Ketua p0lis Daerah Hulu Terengganu, Mohd Adli Mat Daud berkata, p0lis menerima maklumat kira-kira 6.20 petang semalam berhubung kejadian yang menimpa Ami Azzizol Abu Bakri, 22, yang berasal dari Dungun.

Katanya, sebelum kejadian yang berlaku pada 5.50 petang itu, beberapa saksi termasuk ahli keluarga Ami Azzizol melihat lelaki itu berenang dari sebuah rumah rakit ke dalam Sungai Petuang di hadapan rumah rakit tersebut untuk mandi.

“Tidak lama kemudian saksi nampak m4ngs4 terkap4i-kap4i meminta tolong dipercayai mengalami kekej4ngan otot.

“Seorang daripada saksi iaitu anak pemilik rumah rakit cuba memberi pertolongan, namun hampir lem4s kerana m4ngs4 mem4ut belakang saksi yang cuba membantu.

“m4ngs4 terus tenggel4m dan tidak dapat diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat dijalankan semalam oleh 46 orang yang terdiri daripada anggota p0lis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam, namun tidak menemui sebarang petunjuk.

“Pencarian diteruskan hari ini sekitar 8 pagi,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : wowberita