Pelakon Nazrief Nazri meminta warganet agar tidak mempercayai bulat-bulat apa yang dilihat mereka di media sosial kerana ada di antaranya telah dibuat bagi tujuan tertentu.
Malah tambahnya lagi, ada ketikanya ia sudah pun dirancang. Perkongsian tersebut dikongsikan bintang berusia 30 tahun ini menerusi hantaran terkininya di Instagram, pada Isnin.
“DUNIA SOCIAL MEDIA NI TIPU JE. Saya nak pesan sikit dkt netizen semua. Dunia dalam social media ni BUKAN REALITY. Jgn igt apa yg korang nampak dkt ig, fb, tiktok semua adalah sebenar2 kejadian.
View this post on Instagram
“Apa yg korang nampak tu semua hanyalah apa yg mereka nak tunjuk sahaja. And kadang2 semua benda tu dirancang. Sama ada for entertainment or marketing purpose,” tulisnya.
Malah, bakal bapa ini juga turut memberi contoh terhadap apa yang dilaluinya bersama isteri, Aizatul Aqma Hamdan. Katanya, media sosial juga merupakan salah satu punca rezeki.
“Contohnya, saya dan isteri suka buat posting dkt social media bukanlah nak menunjuk. Tapi kami buat itu semua utk cari sesuap nasi. Inilah salah satu punca rezeki kami.
“Kalau ikutkan saya dan isteri dua2 per4ngai sama. Suka duduk berkurung dkt rumah dan taknak jumpa orang pun. Tapi disebabkan kami mencari rezeki di social media maka terpaksalah kami buat content.
“And ofcourse bila dkt socmed ni kami akan share yg INDAH2 SAHAJA. Siapa je yg nak share dkt socmed yg dia tgh susah, siapa je yg nak bgtau diorang pernah ikat perut sbb duit dah takde dalam akaun sementara nak tggu payment masuk.
“Siapa je yg nak bgtau kat orang yg diorang nangis2 tgh malam cari jalan mcm mana nak cari duit. TAKDE SIAPA PUN NAK TUNJUK DIORANG SUSAH DKT SOCIAL MEDIA,” tulisnya lagi.
Dia pada masa sama turut memberikan dedikasi buat isterinya yang kini sedang sarat h4mil anak pertama mereka kerana sentiasa berada di sisi, dalam apa juga situasi.
Di samping itu, bekas peserta Hero Remaja sezaman Fattah Amin ini turut meminta ramai agar menjauhi sikap saling dengki serta iri hati.
“To my wife @angellajoliey . Tq sbb ada dgn I susah senang, thank you sebab always positif bila i down, and thank you sbb sabar dgn I bila I buat mistakes. Love u always.
“Tapi apa yg naz nak sampaikan adalah, kalau kita tengok orang share yg dia happy kat socmed, maka kita doakan kebahagiaan dia dan semoga ALLAH pun beri kebahagiaan tu kepada kita. Tak perlu nak d3ngki2 dan iri hati.
“Dunia ni tak perlvk4n NEGATIVITY and TOXIC PEOPLE. Cukup2 lah apa yg dah ada sekarang. Start your day with POSITIVITY and ALWAYS SPREAD KINDNESS. SELAMAT HARI ISNIN SEMUA,” akhirinya.
Foto: Instagram Nazrief Nazri
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : MH