PELAJAR yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 kini boleh menarik nafas lega apabila mereka sudah ‘merdeka’ daripada ujian besar tersebut yang berakhir pada 25 Mac lalu.
Dalam kehidupan seseorang, persekolahan di peringkat SPM merupakan antara fasa kehidupan yang paling indah apabila terdapat pelbagai momen suka dan duk4 bersama rakan-rakan dan guru.
Selebriti popular tanah air juga tidak ketinggalan membuat throwback foto wajah polos mereka ketika berada di alam persekolahan di Instagram masing-masing.
Antara yang menyahut cabaran menunjukkan gambar #beforeSPMafterSPM mereka ialah Daiyan Trisha, Sweet Qismina, Aedy Ashraf dan Hannah Delisha.
Daiyan atau nama sebenarnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin menerusi Instagram berkata ketika usianya mencecah 17 tahun pada 10 tahun lalu, dia merupakan seorang gadis biasa yang tidak pandai bergaya dan menggunakan solekan.
Perubahan imej Daiyan Trisha dari tahun 2010 hingga kini.
“Masa sekolah dulu, saya hanya remaja perempuan biasa yang dibesarkan di Bandar Baru Bangi.
“Ketika menunggu keputusan SPM, saya sempat bekerja sementara sebagai seorang pelayan restoran sebelum menyambung pengajian di UiTM.
“Masa umur 17 tahun memang saya tak tahu langsung nak pakai mekap, macam mana nak buat persembahan serta nak menggayakan diri sendiri. Langsung tidak tahu apa-apa pengetahuan dalam bidang fesyen,” katanya.
Macam-macam dah saya lalui sebelum ini, saya layak mendapat pujian untuk semua perkara itu.
DAIYAN TRISHA
PENYANYI, PELAKON
Namun semakin meningkat dewasa, Daiyan, 28, mengakui semakin bijak ‘mewarnakan’ dirinya menjadi seperti yang peminat lihat pada hari ini.
“Tak sangka pula sekarang saya dah sampai sini… dulu saya sangat-sangat lain. Saya memang seorang yang sangat pemalu tapi saya percaya aura saya kuat dan saya ada apa yang diperlvk4n (untuk berada dalam bidang seni).
“Memang nampak macam saya dah berubah agak drastik sepanjang satu dekad ini tapi dalam masa yang sama, saya masih lagi menjadi diri saya sendiri.
“Macam-macam dah saya lalui sebelum ini, saya layak mendapat pujian untuk semua perkara itu. Kita semua juga,” katanya.
Sweet Qismina berkongsikan gambarnya bersama rakan sekelas.
Selain Daiyan, pelakon filem Pusaka, Sweet Qismina atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 24, juga turut memuat naik gambarnya bagi memenuhi cabaran #beforeSPMafterSPM.
Menariknya, Sweet menceritakan berat badannya pasti akan menurun sekiranya dia sedang fokus dengan pembelajaran malah turut memberikan tips agar peminat-peminatnya untuk rajin belajar sekiranya mahu mengurangkan berat badan.
“Saya turun berat badan daripada 48 kilogram (kg) ke 38kg ketika SPM… Sampai sekarang kalau saya belajar je, memang akan turun berat badan, jadi buat semua, kalau nak kurus sila belajar,” ujarnya tertawa.
Aedy Ashraf dan Hannah Delisha turut berkongsikan gambar mereka ketika berusia 17 tahun.
Teman wanita kepada aktor Adam Lee ini juga memberitahu yang dia berpuas hati dengan keputusan SPM yang diraih biarpun berhadapan dengan tekanan untuk membahagikan masa antara pelajaran dan kerjaya pada ketika itu.
Sweet mula terlibat dalam dunia seni sejak berusia 10 tahun lagi dan masih kekal aktif sehingga kini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar