5 Pasangan Selebriti Yang Kahwin Secara Mengeejut

Ramai di kalangan selebriti tanahair lebih suka menghebahkan memori indah perkahwinan mereka bersama peminat. Bagi mereka, berkongsi kebahagiaan dengan ramai orang terutama sekali peminat yang sentiasa menyokong mereka adalah sangat penting. Namun, tidak kurang juga ada pasangan selebriti yang memilih untuk berdiam dan merahsiakan perhubungan mereka dan hanya mengumumkannya kepada umum pada hari perkahwinan ataupun selepas perkahwinan mereka telah berlangsung.

Mari kita lihat antara 5 pasangan selebriti yang memilih untuk berkahwin secara tiba-tiba dan mengejutkan peminat mereka. Jom kita tengok!

Noor Nabila Dan Engku Emran

via IG

Noor Nabila dan Engku Emran telah mengejutkan ramai orang dengan desas desus berita perkahwinan mereka dan menjadi perbualan hangat para netizen. Namun, sebelum ini Nabila memilih untuk berdiam dan enggan memberikan sebarang komen tentang kesahihan berita tersebut.

Walaubagaimanapun Noor Nabila Mohd Noor yang juga merupakan kakak kepada pengacara Noor Neelofa kini telah sah bergelar isteri kepada usahawan Engku Emran Engku Zainal Abidin dengan sekali lafaz sahaja. Selamat pengantin baru dan tahniah kami ucapkan.

Elizabeth Tan Dan Siew Jim

via mykmu.net

Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan dan pasangan juga memilih untuk berdiam dan tidak menghebahkan kepada umum tentang berita perkahwinan mereka kerana menurut Lizzy, dia hanya akan berkongsi dengan peminat apabila telah bersedia dan juga Lizzy merasakan bahawa isu ini hanya perkara kecil sahaja. Lizzy juga berpendapat bahawa perkahwinannya adalah satu perkara yang berbentuk peribadi.

Walaubagaimana status perkahwinannya bersama seorang ahli perniagaan Siew Jim telah terlerai apabila Lizzy sendiri telah membuat pengakuan bahawa perkahwinannya itu adalah benar. Lizzy berharap agar semua peminat dapat menerima dan hormat akan keputusannya.

Hanna Delisha Dan Imam Shah

via Ig

Nampaknya Hanna Delisha juga memilih untuk tidak menghebahkan akan isu perhubungannya bersama pasangan. Dalam diam-diam pelakon kecil molek ini telah memuatnaik satu posting di instagramnya dan memberitahu bahawa dia kini telah sah bergelar isteri kepada seorang lelaki yang dicintainya, Muhammad Imam Shah Abdul Mutalib atau lebih mesra dipanggil Imam Shah. Selamat pengantin baru!

Fendy Bakri Dan Ayu

via redaksi.my

Pelakon Mohd Affandi Nor Bakri atau lebih dikenali sebagai Fendi Bakry telah sah bergelar suami kepada serang wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Ayu. Pelakon ini juga secara diam merahsiakan akan perhubungan mereka sehinggalah Fendy memilih untuk berkongsi perkara tersebut di instagramnya. Tahniah kami ucapkan kepada Fendi dan pasangan.

Farawahida Dan Zulkifli

via Ig

Dalam diam-diam Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali telah selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka pilihan hatinya yang dikenali dengan nama Zulkifli. Farawahida merasa gembira untuk berkongsi kegembiraannya dengan peminat di instagram miliknya selepas selesai majlis pernikahan mereka.

Kami doakan semoga semua pasangan ini kekal bahagia hingga jannah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Murai my