Achey serba salah kena buat lawak seminggu selepas bapa men1ngg4l – “Suruh mak tutup TV, jangan tonton Muzikal Lawak Superstar”

KEHIL4NGAN bapa tersayang pada 19 Mac lalu cukup mengg4nggu tumpuan pelawak Achey hingga menyebabkan dia gagal membawa kumpulannya, Mashuk untuk mara ke peringkat separuh akhir Muzikal Lawak Superstar (MLS).

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah juga mendedahkan dia berdepan trauma dan badannya menggigil sebelum naik ke pentas MLS yang berlangsung pada Jumaat lalu, iaitu genap seminggu selepas kem4tian bapanya.

Namun demi tanggjawab dan tugas, pelawak berusia 35 tahun ini tetap meneruskan persembahan biarpun hati berasa serba salah untuk berjenaka dalam keadaan dia masih bersed1h.

Kumpulan Mashuk dianggotai oleh Achey, Mark dan Shuk.

“Sebenarnya untuk pengetahuan semua, saya ada minor trauma. Sebelum ini tak pernah kena… tapi malam suku akhir tempoh hari, saya menggigil masa nak naik pentas untuk buat persembahan.

“Memang sangat pelik. Walaupun saya mampu untuk buat persembahan, tapi tidak sebaik pada malam sebelum ini. Saya dengan arw4h sangat rapat dan pemerg1annya memang memberi kesan.

“Sejujurnya saya rasa bersalah… mungkin sebab saya, Mashuk tersingkir. Sebab masa buat persembahan, saya ada terfikir ‘aku ni nak buat kelakar untuk orang padahal bapa baru men1ngg4l’.

 

Saya berpesan pada mak supaya tutup TV dan jangan tonton program itu.

ACHEY

PELAWAK

“Tapi itulah tanggungjawab dan tugas yang saya terpaksa dilakukan,” kata Achey kepada mStar.

Achey turut berterima kasih kerana ahli kumpulan Mashuk yang lain iaitu Shuk Sahar dan Mark Adam kerana memahami situasinya ketika itu.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Yang Terindah ini memberitahu ibunya antara individu yang memberi kekuatan untuk meneruskan persembahan pada malam itu selain isteri dan rakan-rakan baik.

Menurut Achey, dia juga meminta ibunya untuk menutup televisyen kerana tidak mahu persembahan lawaknya ditonton memandangkan seisi keluarga juga sedang dalam tempoh berkabung.

Achey masih terkenang arw4h bapanya.

“Kekuatan saya adalah emak. Sebelum kembali ke ibu kota, saya minta izin dan minta maaf banyak-banyak dengan dia sebab ada tugas yang perlu saya buat, iaitu membuat jenaka dan membuat orang ketawa.

“Tapi saya berpesan pada mak supaya tutup TV dan jangan tonton program itu. Sebab saya tak nak emak tengok saya buat kelakar walhal ayah baru men1ngg4l dunia… rasa macam tak hormat,” ujarnya.

allahy4rh4m bapa kepada Achey iaitu Hamzah Salam dikej4rkan ke h0sp1tal selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Segamat sebelum men1ngg4l dunia pada 19 Mac lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar