Krisdayanti kini menjalani hubungan jarak jauh dengan suaminya Raul Lemos yang kini berada di Timor Leste. Raul kini dikatakan tidak dapat pulang ke Indonesia disebabkan pandemik c0v1d-19 .
Tidak Tahu Bila Raul Akan Pulang Ke Indonesia
Menerusi temubualnya bersama Kumparan, Krisdayanti menyatakan bahawa Timor Leste kini sedang lockdown dan tidak tahu bila suaminya akan pulang.
“Timor Leste bakal mempunyai vaksin pada April 2021. Masih belum tahu jika ada delay dari pemerintah. Jadi, saya belum tahu bila Raul akan pulang.”- Krisdayanti
Krisdayanti turut menyatakan Raul sudah hampir lapan bulan berada di Timor Leste dan hanya sempat ke sana pada Disember tahun 2020, sewaktu Timor Leste belum lockdown.
“Dari Julai 2020 di sini sudah hampir lapan bulan kami tidak bertemu.”- Krisdayanti
Tidak Memaksa Suaminya Segera Pulang Ke Indonesia
Krisdayanti turut menambah, tidak mahu memaksa Raul segera pulang kerana kasihankan suaminya.
“Apabila memaksa pulang, Raul harus menjalani isolasi (kurantin kendiri) selama dua minggu. Kemudian Raul terpaksa isolasi (ku4r4nt1n kendiri) lagi ketika kembali ke Timor Leste.
Aduh, bu4ng waktu, kasihan..”- Krisdayanti
Hubungan Jarak Jauh Yang Berbeza Sewaktu Pandemik
Penyanyi yang dilahirkan pada 24 Mac 1975 ini mendedahkan bahawa hubungan jarak jauh antara dia dan Raul pada kali ini sangat berbeza jika dibandingkan dengan sebelumnya. Hal ini kerana kebiasaannya Raul boleh kembali ke Jakarta seminggu sekali.
“Keadaan psikologi Raul juga terg4nggu dengan segala keterbatasan saat lockdown.”- Krisdayanti
Pasangan Krisdayanti dan Raul telah berkahwin pada 20 Mac 2011. Perkahwinan yang berusia lebih dari sepuluh tahun ini dikurniakan dua orang anak bernama Ariannha Amora Lemos dan Kellen Alexander Lemos..
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai my