Alhamdulillah! Nad Zainal timang anak kedua… tunggu tujuh hari sebelum sedia kongsi jantina

PELAKON Nad Zainal selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah h0sp1tal swasta di Kuala Lumpur pada Selasa.

Menurut Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 30, bayi seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan secara normal kira-kira pukul 2.50 petang.

“Alhamdulillah proses kelahiran berjalan lancar dan dipermudahkan,” katanya kepada mStar.

Menerusi perkongsian di Instagram pada Rabu, pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini memuat naik video suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin dan anak pertama, Fahad Ibrahim memangku bayi berkenaan.

 

InsyaAllah jantina anak akan dimaklumkan pada hari ketujuh kelahiran!

NAD ZAINAL

PELAKON

Tanpa menunjukkan wajah, bayi itu dilihat dibalut dengan kain berwarna merah jambu.

Ditanya mengenai jantina dan nama, Nad berkata dia akan memaklumkan mengenai perkara itu pada hari ketujuh kelahiran.

Nad kongsi video suami dan anak pertama memangku bayi.

“InsyaAllah jantina anak akan dimaklumkan pada hari ketujuh kelahiran.

“Nama pun tak fikir lagi… terima kasih atas ucapan dan doa semua ya!” ujarnya.

Nad mendirikan rumah tangga dengan Faliq pada 18 Disember 2015 dan anak sulung mereka yang bernama Fahad Ibrahim kini sudah berusia lima tahun.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ناد زاينل (@nad.zainal)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar