Nampaknya nama Neelofa terus trending di twitter hari ini. Manakan tidak, selepas selesai sahaja usahawan ini melangsungkan pernikahan dengan Haris Ismail, pasangan ini kembali meraih perhatian setelah dilihat berada di Pulau Langkawi. Atas urusan kerja atau honeymoon? Itu yang perbincangan di kalangan netizen di laman twitter.
Walaubagaimanapun, menurut laporan dari BH Online, p0lis Daerah Brickfields mengesahkan memberi kebenaran kepada pasangan ini untuk rentas negeri. Difahamkan tujuan utama Neelofa dan wakil syarikat terbabit bersama dua yang lain adalah atas urusan kerja bersama pihak Chatime Malaysia.
Namun agak mengejutkan, apabila siasatan oleh ‘jentera’ netizen di Malaysia mengalahkan pihak berkuasa. Hebat!
Di laman media sosial, sebuah akaun twitter telah menyiasat dan mendedahkan bahawa pembantu peribadi Neelofa dan Chatime merupakan pasangan adik beradik. Hal ini telah disedari setelah melihat nama bapa kedua-dua pembantu peribadi ini adalah sama.
Menurut tinjauan Murai MY di ruangan komen yang telah retweet lebih dari 3 ribu ini, ramai yang beranggapan ada sesuatu yang tidak telus dalam hal ini. Mungkin ia benar atau mungkin nama bapa kebetulan sama. Yang pasti belum ada pengesahan dari mana-mana pihak. Apa-apa pun kita serah sahaja kepada pihak p0lis untuk membuat siasatan lebih lanjut.
Difahamkan pasangan selebriti yang baru berkahwin pada 27 Mac yang lalu ini tiba di Langkawi pada 29 Mac dan akan berada di sana sehingga 2 April sebelum melawat cawangan Chatime di Sungai Petani dan Kangar pada 3 April.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai my