Pembantu Rumah Ikut Lelaki Bangl4, Sekali Awie Pergi Cari

Sekarang ini, pembantu rumah asing merupakan suatu bentuk perkhidmatan yang sangat diperlvk4n oleh sesebuah keluarga, khususnya pasangan suami isteri yang bekerjaya dan mempunyai anak-anak kecil.

Tidak keterlaluan untuk mengatakan pembantu rumah akan memainkan peranan sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang dijaga. Masakan tidak, makan, minum dan mandi anak-anak diuruskan oleh pembantu rumah. Bukan itu sahaja, ibu bapa yang uzur turut diuruskan pembantu rumah.

Kerja-kerja rumah seperti mengemas, membasuh pakaian termasuklah memasak turut dilakukan oleh pembantu rumah yang diwajibkan di negara ini hanya dalam kalangan kaum perempuan sahaja.

Vokalis kumpulan rock legenda Wings Datuk Awie akui serik untuk mengambil pembantu rumah warga asing.

Berkongsi pengalaman burvknya bersama media, Awie berkata sudah beberapa kali ditipu mereka.

Penuh Love Bite

“Yang terbaru, pembantu rumah saya lari dari rumah kerana ikut jantan Bangladesh.

“Saya cari dia selepas itu, mungkin dia ingat dia bijak tapi sebenarnya saya lagi bijak dari dia.

“Atas bantuan kawan-kawan, dia kami temui di kawasan Chow Kit dan bila bawa balik ke rumah, penuh gigitan cinta di leher!

“Hati siapa tak s4kit? Sudahlah ditinggalkan pintu rumah terbuka masih larikan diri tu, anak-anak perempuan saya sedang tidur di tingkat atas,” katanya.

Tambah Awie lagi, dia sedang mencari pembantu rumah warga tempatan yang sudi bekerja di rumahnya.

Awie Serik Ambil Pembantu Rumah Warga Asing, Cari Orang Tempatan- “Pandai Men1pu Lari Ikut Jantan!”

“Saya memang tengah cari pembantu rumah tetapi nak orang Melayu kita.

“Baiklah bantu orang kita cari rezeki. Saya harap ada yang sudi bekerja dengan saya.

“Saya dah tak larat nak bagi muka kepada ‘orang luar’…Selama ini pun kita layan dengan baik tetapi akhirnya dipijak-pijaknya pula kita.

“Itu tak masuk lagi dengan per4ngai keras kepala dan suka melawan,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Rasa Sambal R-WE di Petaling Jaya pada petang Rabu.

Dalam perkembangan lain, Awie juga sedang mencari stokis untuk pasaran sambal R-WE.

“Kalau ada yang berminat boleah hubungi saya dan maklumat lanjut boleh didapati di laman sosial kami.

“Sama-sama kita tambah pendapatan keluarga dengan mencari rezeki yang halal…Insya-Allah,” katanya.

Perlvk4h ada maid?

Dengan kesibukan ibu bapa dengan kerjaya masing-masing, terutamanya yang mendiami kawasan bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang dan ibu-ibu negeri lain pastinya memerlvk4n perkhidmatan pembantu rumah.

Di Malaysia, perkhidmatan pembantu rumah didominasi oleh warga asing. Kebiasaannya pembantu rumah ini adalah dari negara seperti Indonesia, Vietnam dan Filipina.

Pekerja asing dari Indonesia boleh dilihat sebagai kumpulan majoriti yang mendominasi perkhidmatan pembantu rumah di negara ini.

Persoalannya mengapa pembantu rumah luar negara lebih mendapat perhatian rakyat Malaysia? Adakah ibu bapa di negara ini tidak mempercayai perkhidmatan pembantu rumah warga tempatan? Adakah rakyat tempatan sendiri yang memilih untuk pekerjaan dan pembantu rumah bukanlah kerjaya pilihan?

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : GEMPAK