[VIDEO] Rider Grabfood Ini Minta Izin Tuan Rumah Untuk Lompat Dibelakang Rumah. Rupanya Ini Yang Dia Nampak

Di musim PKP ini memang ramai dalam kesusahan terutamanya pada yang telah diberhentikan kerja.

Perniagaan semakin banyak yang tutup. Setelah setahun lebih dunia hadapi C0Vid19 ini baru sekarang sikit demi sedikit ekonomi dunia mulai pulih

Walau bagaimana pun ada juga yang masih susah dan terpaksa bekerja lebih dari 1 kerja dan ada juga yang buat 3 kerja sehari untuk menampung kehidupan seharian.

Rider GrabFood Minta Izin Tuan Rumah

Satu rakaman video yang dimuatnaik oleh saudara Ijat Nazz di laman group Facebook GrabFood Rider Malaysia Official mendapat pelbagai reaksi.

Tarikh sebenar dan siapa rider Grabfood tersebut tidak dapat dikenal pasti.

Rider Grabfood di dalam video ini baru selesai menghantar makanan yang dipesan oleh pelanggan.

Ketika ingin beredar tiba tiba rider Grab Food ini minta izin pada tuan rumah untuk lompat di belakang rumah dia.

Rupanya rider ini ternampak satu alat sukan dipanggil trampoline di belakang rumah.

Contoh trampoline

Dengan selamber dia minta izin untuk lompat dan memang tidak disangka tuan rumah izinkan.

Memang terus dia pergi ke belakang rumah dan mula melompat lompat di atas trampoline tersebut.

Bunyi ekspresi rider Grabfood ini jelas nyata dia gembira kerana dapat lompat. Ianya seolah olah satu impian menjadi nyata untuk dia.

Terima kasih pada tuan rumah yang memang sporting..

Video:

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : awattsyeikh