“Adakala, memang saya kena tegur supaya semua faham sebab setiap apa yang kita lakukan tentu kena ada adabnya bukan?” teg4s penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti Nurhaliza diminta mengulas mengenai isu segelintir pihak yang didakwa menyam4r menjadi ahli kelab peminatnya Sitizonners dan cuba menjatuhkannya.
Luahan itu ditulis menerusi ciapannya di Twitter pada penghujung minggu lalu.
Menurut pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu beliau terpaksa membuka mulut men3gur segelintir warganet yang dianggap keterlaluan dalam mengkr1tik hasil kerjanya.
“Ada masa saya perlu ingatkan mereka, tetapi tidaklah dengan cara yang kas4r kerana memahami situasi semua pihak.
“Saya tahu ada pihak yang mengatakan mereka ahli Sitizoners tetapi sebenarnya tidak dan mengambil peluang atau platform itu untuk menghang4tkan sesuatu isu atau keadaan,” jelasnya.
Siti ditemui di majlis pelancaran Wafer Emas Edisi Terhad Eksklusif Jubli Perak Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada Rabu.
View this post on Instagram
Berkongsi mengenai kolaborasi bersama YaPEIM itu, kedua-dua pihak mencipta sejarah dengan memperkenalkan wafer emas 999 satu gram, lima gram dan dinar emas (4.25 gram).
“Keluaran YaPEIM Gold ini adalah langkah untuk menggalakkan masyarakat terutama dalam kalangan peminat saya untuk menjadikan wafer emas ini koleksi peribadi sekali gus mendidik masyarakat untuk menyimpan emas.”
Pihak YaPEIM mensasarkan jualan 30,000 keping bagi varian satu gram, manakala 3,000 keping bagi edisi satu dinar dan 3,000 keping bagi edisi lima gram secara pra tempahan,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak