Cik B Tak Guna Kabel Mama Nak Jadi Artis

Dikenali sebagai anak kepada jutawan kosmetik tidak menjadi ‘kabel’ buat pendatang baharu, Cik B untuk mengorak langkah dalam industri seni tanah air.

Walaupun ramai menganggap kehadirannya memegang gelaran sebagai anak seni adalah kerana populariti ibunya iaitu Datuk Seri Vida, Cik B sebenarnya bekerja keras dan berdikari untuk mengejar cita-citanya.

Foto: IG

“Sebenarnya tidak. Saya tak ada gunakan kabel atau apa. Saya berdikari untuk menempatkan nama saya dalam industri hiburan,” katanya.

Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun bernama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin ini tidak menafikan bahawa ibu adalah pendorong utamanya.

“Walaupun sekarang saya lebih dikenali berbanding mama, itu tak menjadi masalah. Pada masa sama, saya juga menjadi salah satu pemasaran untuk jenama mama.

“Apa pun, nama saya dikenali pun atas sebab mama dan dorongan mama,” katanya.

Muncul sebagai penyanyi rap, Cik B juga tidak terlepas daripada berdepan kec4man netizen yang mengatakan suaranya tidak cukup bagus.

“Bila orang kec4m dan cakap nyanyian rap saya tak sedap didengar, saya sendiri terkejut kerana mama cakap, suara saya bagus.

“Tipvlah kalau saya cakap saya tak rasa tertekan. Tapi, saya terima setiap kritikan itu untuk memperbaiki kekurangan saya,” katanya.

Terbaharu, Cik B kini bergelar duta Lembaran Baharu Astro bersama barisan selebriti lain antaranya Elly Mazlein, Alif Satar, Radin Era, Dina Nadzir dan ramai lagi.

“Rasa bangga juga kerana dalam usia sekarang, saya diberi peluang menjadi duta untuk kempen terbaharu Astro ini. Saya tahu, tak ramai golongan remaja hari ini yang menonton televisyen. Kebanyakan mereka lebih banyak menghabiskan masa di media sosial.

“Jadi, sebagai remaja saya akan gunakan platform digital untuk mempromosikan kempen ini di samping berkongsi mengenai program sepanjang Ramadan bersama mereka,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : dnq.pw via TTK