[VIDEO] “Abang Kenapa Tak Menangis?” – Maryam Ded4hkan Sudah Hamil 3 Bulan, Reaksi Ryzal Lain Macam…

Sebagai pasangan suami isteri, tentu menjadi sebahagian harapan kita untuk menimang cahaya mata. Bagi yang sudah menanti lama, pasti akan menyambut khabar kehamiilan pertama dengan gembira.

Tapi lain pula jadinya bagi pasangan influencer media sosial Malaysia-Korea ini dalam satu video yang dikongsikan mengenai keh4milan pertama mereka.

Mungkin ramai yang mengenali Maryam You Narae dan juga Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim yang sememangnya rajin berkongsikan video telatah dan gelagat mereka di media sosial.

Bagaimanapun, perkongsian terbaharu daripada mereka adalah mengenai keh4milan Maryam.

“Maryam Hamiil 3 Bulan. Syukur Alhamdulillah, akhirnya Ryzal dan Maryam bakal menimang cahaya mata setelah 2 tahun kami bernikah,” tulis mereka di ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Duriankimchi (@duriankimchi)

Namun reaksi Ryzal dalam video tersebut seperti meragui perkhabaran Maryam bahawa dia bakal bergelar seorang ayah.

Menurut Ryzal, Maryam suka mengenakan atau membuat prank terhadapnya. Jadi disebabkan itu Ryzal kelihatan seperti tidak percaya.

Bagaimanapun, Ryzal memaklumkan sekiranya khabar tersebut adalah benar, dia juga akan gembira dan menangis di rumah.

Mereka juga turut menyatakan ‘Duriankimchi Junior’ bakal menyusul dan mewarnai kehidupan mereka. Dalam pada itu, ruangan komen posting tersebut dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat-peminat mereka.

Baru-baru ini, Fauziah Nawi dan Maryam menjadi tetamu jemputan bagi salah satu episod program Punchline DAC musim kedua di saluran Astro Warna yang dihoskan oleh pengacara, Datuk AC Mizal.

Menerusi program itu, Fauziah Nawi pada awalnya hanya menjawab soalan hos mengenai tips menurunkan berat badan sebelum AC Mizal menyakat dan menegur Maryam yang kononnya kelihatan berisi.

“Dia gemuk lain, dia gemuk ada bendalah,” ujar Fauziah Nawi yang secara spontan merujuk Maryam berkemungkinan sedang hamiil.

Kami juga turut mengucapkan tahniah buat Maryam dan Ryzal dan semoga keh4milan pertama ini dipermudahkan.

Sumber daripada: Instagram

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : KoolFm via TTK