” Memang niat saya nak hadiahkan kepada anak”
Itu kata-kata penerbit Datuk A Aida yang berjaya membida nombor pendaftaran kenderaan ALY554 (ALYSSA) yang dianggarkan bernilai RM44,444, semalam.
Menurut Aida, bidaan itu adalah hadiah buat anak sulungnya Wan Az Aleesa, 25, yang menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Dietetik dengan kepujian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), baru-baru ini.
” Saya sudah tunggu nombor itu sejak tiga bulan lalu dan memang sudah niat untuk hadiahkan kepada Aleesa selepas konvokesyen tempoh hari.
” Sebelum ini saya pernah kalah bidaan nombor pendaftaran ALL154 juga nak dihadiahkan kepadanya.
” Jam 10 malam tadi saya sudah mula duduk depan komputer. Apabila mula saja bidaan, saya terus masuk.
” Alhamdulillah, niat ini dipermudahkan. Malah, ketika itu Aleesa yang ada bersama turut teruja,” katanya kepada Harian Metro.
Aida turut berkongsi perkara itu di Instagram beliau.
Malah kedengaran dia berkata, “Memey aku toksey tender sapa bilo2 kalau takleh” ( kalau kalah aku taknak bida sampai bila-bila kalau tak dapat)
Aida yang ditemui pada majlis doa selamat A Aida Productions sempena Ramadan di sini, berkata, dia ‘pejam mata’ dengan jumlah bidaan itu kerana baginya nilai dan kasih sayang itu penting.
” Walaupun jumlah besar, tapi saya puas hati. Bagi saya ini memberikan nilai dan kenangan tersendiri di mana akan kekal sampai bila-bila.
” Dalam masa sama, saya hadiahkan nombor ini kerana Aleesa bersetuju untuk menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) selepas ini.
” Kalau ikutkan dia nak terus bekerja, tapi selepas dipujuk dia okay,” katanya.
Terdahulu, Aleesa berjaya menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Muda Dietetik dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), pada majlis konvokesyen yang diadakan di pusat pengajian tinggi itu di Bangi.
Menurut Aida, 51, atau nama sebenarnya Zaidah Awang, dari kecil lagi dia sudah tetapkan anak sulungnya itu perlu menjadi doktor.
” Alhamdulillah, dia sudah tamat belajar dan selesai konvokesyen.”
” Namun, semalam tak boleh ikut serta disebabkan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan selain peraturan universiti. Jadi, saya tunggu di rumah saja.
” Sebenarnya, menjadi ibu tunggal yang besarkan tiga anak dengan karakter berbeza teramat perit. Kadang-kadang menangis sendiri.
” Saya memang pentingkan pendidikan anak-anak. Saya sudah tetapkan anak pertama kena menjadi doktor dan selalu ingatkan dia.
” Saya asah dan tanamkan minat dia dari kecil. Alhamdulillah, dia okay dan ikut. Kiranya buku memang teman baik dia.
” Walaupun tidak membesar dengan bapa kandungnya, saya bersyukur Allah hantar Prof Madya Datuk Dr Ustaz Ariff sebagai bapa angkat anak-anak saya.
” Dia yang membantu anak-anak dalam pelajaran,” katanya kepada HarianMetro.
Menurut A Aida, Aleesa bakal menyambung pengajian di peringkat Sarjana Irritable Bowel Diseases (IBD) Gastroenterologist di Fakulti Perubatan, HUKM.
Anak keduanya, Wan Eva Natassha, 20, pula dididik untuk menjadi akauntan dan anak ketiga, Muhammad Rahul, 13, menjadi peguam.
Wan Az Aleesa dan Wan Eva Natassha adalah anak hasil perkahwinan dengan penyanyi, Ameng, manakala Rahul pula menerusi perkahwinan ketiga dengan pegawai p0lis.
A. Aida dan Ameng berkahwin pada 1995 namun pasangan itu berpisah pada 2003.
Aleesa tiada dndam terhadap bapa kandung, Ameng.
Sebelum ini, portal hiburan pernah menyiarkan kisah Aleesa dan adiknya Nastassha yang bertemu bapa kandung mereka, Ameng selepas keluar dari pnjara pada 2016.
Menurut Aleesa, ibunya, A. Aida tidak pernah menghalang mereka berjumpa bapa.
Malah ibunya sentiasa ingatkan untuk tidak memutuskan silaturrahim dengan keluarga sebelah bapanya dan sering melawat nenek (ibu Ameng) di kampung.
Dalam pada itu, Wan Az Aleesa berkata, dia tidak pernah menyimpan dndam atau perasaan mrah terhadap Ameng dan menganggap kjdian yang berlaku sebelum ini sebagai sejarah.
” Saya tidak pernah rasa marah dengan papa kerana semua orang pernah melakukan ksaIahan dan apa yang berlaku sebelum ini sudah pun menjadi sejarah.
” Saya kenal papa saya dan bukan hanya kerana satu ksaIahan itu pandangan kami dua beradik terus berubah terhadapnya.
” Apa yang paling penting kini adalah kami kena bersikap terbuka dan memandang kehadapan,” ujarnya.
Sementara itu Ameng mempunyai seorang lagi cahaya mata hasil perkahwinannya dengan Sabariah Zakaria, 50, iaitu Wan Ahmad Haizal yang berusia 13 tahun.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: hmetro dan mstar via limauais