Sejak kebelakangan ini, 1su mengenai kemunculan ramai pelakon baharu dan instafamous di kaca televisyen sering menjadi perbualan ramai termasuk pelakon senior. 1su ini dilihat menjadi semakin diperkatakan apabila Izara Aishah mengeluarkan pendapat dan mempersoalkan stesen TV mengambil ramai influencer untuk membintangi drama.
Terbaru, pelakon Mimi Lana turut menyuarakan pendapat mengenai 1su dis1plin pelakon baharu di set penggambaran berdasarkan pengalamannya selama bergelar seorang pelakon.
Pelakon baru, atau lama sama je
Mimi dilihat memuat naik status menyuarakan pendapatnya melalui akaun Twitter. Malah, dia mengatakan tingkah laku dan dis1plin yang dapat membezakan setiap pelakon apabila di set penggambaran.
Mimi mengakui telah banyak menjalankan penggambaran melibatkan pelakon baru dan lama. Malah, dalam 1su sedemikian, dia merasakan tidak adil sekiranya dalam hal ini hanya pelakon baru sahaja terkena tempi4s dan diperkatakan ramai.
Bukan tiket untuk datang lambat
Tambah Mimi lagi, dia turut menasihati mana-mana pelakon baru untuk sentiasa menjaga tingkah laku dan dis1plin apabila terlibat dengan projek drama mahupun filem. Mereka perlu bertanggungjawab dengan membaca dan memahami skrip yang telah diberikan.
Selain itu, difahamkan Mimi juga meninggalkan pesanan buat pelakon senior untuk tidak selalu datang lambat ke set penggambaran dan berlag4k sebagai tiket gelaran ‘pelakon lama’.
Sumber: Mimi Lana
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : OhBulan