Macam Ada Sinar Jer Untuk Balik Raya! IsmailSabri Keluarkan Kenyataan Untuk Rntas Negerl Aidilfltri

 JOHOR BAHRU – Kerajaan akan meminta Kementerian Kes.ihatan (KKM) membuat pengumuman lebih awal mengenai keputusan sama ada membenarkan rentas negeri sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman lebih awal akan memudahkan orang ramai membuat persiapan dan mengurangkan kes.esakan pembelian tiket pengangkutan awam.

“Perkara ini di bawah KKM dan mereka yang akan membuat penilaian r.isiko,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Minum Petang bersama warga Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada) di Ulu Tiram di sini hari ini.

Beliau menjangkakan pengumuman itu akan dapat dibuat pada awal bulan puasa nanti.

“Kerajaan akan umum sama ada boleh atau tidak dalam waktu terdekat, kita pun tidak hendak g4nggu orang balik kampung, hendak beli tiket kapal terbang atau bas.

Pada majlis itu, beliau mengumumkan kerajaan memperuntuk kira-kira RM 1.34 j.uta bagi tujuan menaik taraf pembangunan dan kemudahan asas di Pulada termasuk membaik pulih masjid, pagar serta penginapan.

“Saya akan minta KKM supaya buat pengumuman lebih awal boleh atau tidak. Maka rakyat boleh bersedia. Bulan puasa saya akan beritahu kepada Ketua Pengarah KKM tampil dengan pengumuman, cadangan. Ini dibawah KKM sebab mereka yang buat penilaian,” katanya.

Jelas Ismail Sabri lagi, kerajaan tidak mahu kewujudan 31 kl.uster balik kampung berulang apabila rentas negeri dibuka seperti tahun lalu.

Pada 27 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu kerajaan akan meneliti kebenaran untuk merentas negeri dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Namun perkara itu akan diputuskan sebaik sahaja semua data berkaitan dianalisis oleh Kementerian Kes.ihatan dan Majlis Kes.elamatan Negara (MKN).

Kredit : Astro/Sinar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.hmtnws.pw