Bulanan gaji aku cecah 6k. semuanya aku bagi pd suami. Hidup suami mewah tapi aku bawa bekal. Bod0hnya aku..

Foto sekadar hiasan

Baca perlahan lahan, semoga dapat pengajaran dari kisah ini.  Assalamualaikum dan hai semua. Aku sebenarnya tak tahu nak luah kat mana. Penat aku search laman kaunseling untuk aku tanya menda-menda hal ehwal rumah tangga, tapi semua macam susah nak dapat respon.

Aku harap ada la yang sudi berikan sepatah dua kata komen macamana nak st0p jadi isteri yang b0doh.

Aku berkahwin dengan suami aku atas pilihan keluarga. Tahun ini masuk tahun ke 6 kami berkahwin. Dikurniakan 3 orang cahaya mata. Sebulan selepas berkahwin aku terima tawaran kerja yang pertama.

Gaji aku yang dua ribu cuma ketika itu semua aku serahkan kepada suami kerana katanya kita boleh gabungkan gaji dan beli apa yang kita suka.

Aku naif waktu itu, maka aku serahkan semuanya. Tapi alhamdulillah waktu itu, nafkah masih berjalan seperti biasa.

Masuk tahun ke 2 berkahwin, aku tukar pekerjaan. Alhamdulillah gaji naik sikit dari 2000 ke 2500. Macam biasa, aku diminta serahkan semuanya sehingga aku cuma ada seratus dua sahaja di dalam tangan.

Aku masih okay, masih bdoh dan terus positif kononnya ingin membantu suamiku membayar segala macam bil dan bayaran bulanan. Nafkah masih berjalan, jadi ketika itu, aku masih merasa cukup.

Hari ini, masuk tahun ke 6 perkahwinan, aku sudah berada di tahap yang agak selesa. Suamiku masih di tempat yang sama dengan gaji yang sama. Katanya untuk k3stabilan dia harus stay disitu.

Sedangkan aku, bertungkus lumus kerja dan cari kerja yang lebih baik untuk dapat gaji yang lebih tinggi supaya aku ada baki lebih selepas semua gajiku diserahkan padanya.

Gaji aku kini mencecah 6000. Tetapi, atas dasar ehsan dan permintaan, aku terpaksa serahkan hampir k3semua gaji tersebut sehingga yang tinggal sekarang cuma 500 sahaja untuk aku.

Nafkah juga sudah tidak diendahkan kerana katanya aku sudah banyak lebihan duit. Kalau tak cukup minta padanya.

Gaji aku, tapi akhirnya masih perlu meminta-minta nafkah. Kadang di marah lagi katanya aku boros.

RM500 baki gaji aku itu sajalah aku berjimat untuk ulang alik ke tempat kerja, bayar makan, parking bulanan dan apa-apa melibatkan kerja aku. Sehingga aku rasa terlalu miskin walaupun bergaji tinggi.

Bila aku suarakan hak aku, suamiku mula berangg. Katanya komitmen kami tinggi. Dia perluukan sokongan dari aku untuk sama-sama bayar komitmen.

Tapi.. apa yang aku nampak, kehidupan suamiku lebih mewah walaupun gajinya separuh dari gajiku sedangkan aku, gaji tinggi tetapi diserahkan padanya.

Kadang-kadang mampu bawa bekal sahaja ke tempat kerja sementara tunggu gaji lagi. Aku dah mula rasa tak reda. Dah mula rasa diperguna.

Suami aku baik. Sangat baik. Dia banyak sediakan semua kelengkapan rumah untukku dan anak-anak. Dibelikan aku macam-macam. Tapi aku tahu semua itu datang dari gajiku juga. Tapi aku masih bersyukur. Bdohkan aku.

Ketika aku berpantang dikampung, aku masih serahkan gaji pada suamiku. Hidupnya bahagia di sana seakan lelaki bujang, berjimba bersama kawan, sedangkan aku, nak upah orang datang mengurut pun fikir sepuluh kali.

Suamiku juga pernah kantoi menyimpan vdeo-vdeo lu-c4h dan berjanji tidak akan ulangi. Tetapi aku masih merasa dia masih melayan semua itu.

Tapi aku tetap berdoa supaya dia insaf dan betul-betul stop semua itu. Aku betul-betul terh1na bab tu, tapi entahlah. Kenapa aku masih bdoh?

Dia juga per0kok. Aku menangis merayu-rayu minta dia berhenti mer0kok dan aku katakan aku sanggup bnuh diri jika dia tidak mahu berhenti.

Alih-alih aku pula dipersalah. Katanya terlalu memaksa untuk dia berubah, Tak ingat Tuhan menda begitu pun nak bnuh diri. Haha.

Marah-marah aku dan mula merajuk tidak ingin bercakap denganku lagi. Last-last, aku yang minta maaf dan janji tak akan paksa apa-apa dalam hidupnya. Aku masih berdoa supaya dia berubah. Haha, bdohnya aku.

Suamiku juga ramai kawan yang bujang dan suka pr0vok suamiku untuk cari sc4ndal. Dasar kawan tak guna dan aku minta suamiku stop berkawan dengan mereka.

Aku minta pilih antara aku atau kawan, dan dia pilih kawan. Hahaha, sekali lagi, aku b0doh. Aku mula alami simpt0m dpress1on. Rasa hidup tak berguna, kerja kuat tapi tetap miskin. Gaji banyak tapi tak guna asyik kena kebas.

Bulan lepas, aku cuma transfer separuh sahaja gajiku padanya, kataku biar aku bayar yang lain sendiri.

Alih-alih disuruh aku bayar semuanya sehingga habislah gajiku. Terpaksa minta semula yang aku dah beri padanya. Sekali lagi, bdohnya aku.

Bulan ini, aku dah tekad, aku tak kan transfer apa-apa lagi. Aku bayar yang aku mahu bayar sahaja. Apa lagi bergduh lah kami dan sehingga saat ini aku mula rasa aku hanya dimanipulasi dan diperb0dohi oleh suami sendiri.

Tuan tuan dan puan puan, aku tidak tahu apa perlu aku lakukan untuk fokus tentang diri sendiri. Aku penat fikirkan dia.

Buat masa ini, bukan sebab kukuh untuk berpisah kalau semata bab gaji. Dan aku pun tak nak berpisah. Aku cuma nak cari bahagia aku sendiri.

Cuma aku tak tahu bagaimana. Aku kalau boleh dah malas nak ambil tahu apa-apa tentang suamiku, tapi fikirkan anak-anak yang sedang membesar, aku cuba juga jadi terbaik walau kadang-kadang semua itu f4ke cuma.

Aku dah malas nak fikir. Nak masak, nak jaga anak, nak buat kerja. Aku nak bahagiakan diri sendiri sahaja. Aku penat jadi orang bdoh dan terus diperbdoh.

Dan sekarang aku pun tak tahu apa lagi function aku sebagai isteri. Entahlah. Next week, aku dah nak start jumpa doktor untuk dpr3ssion. Aku dah penat menagis sebab jadi bdoh.

Aku nak bahagia dan aku tak nak fikirkan sesiapa lagi termasuk suamiku. Dia pilih kawan. Aku pilih bahagiakan diriku.

Doakan aku kuat. Dan mohon kata-kata semangat untuk perempuan naif, bdoh dan hampir nak gile macam aku ni untuk terus berjuang untuk diri sendiri.

Aku fikirkan anak-anak sahaja waktu ini. Apa lagi aku nak harapkan. Selebihnya, aku harap aku boleh m4ti cepat bawa anak-anakku bersama.

Tapi jap, aku kena taubat dulu sebab ngumpat suami aku kat sini dan aku kena ganti puasa dulu.

Aku harap esok-esok, kalau ditakdirkan aku m4ti, aku dapat m4ti dengan anak-anak dalam husnulkhotimah. Aamiin. Okay. Itu aje. Terima kasih guys, Doakan aku.

Ramai terk3san dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Rosni Wati, Lelaki macam tu tak bela pun x apa…Dia mempergunakan awak je tu..suami ni walau pun gaji kecik tp rajin x apa..ni gaji isteri buat mcm gaji dia… fikir kan lah yg terbaik utk diri awak dan anak2..saya rasa kalau awak x ada dia awk lagi tenang ngan anak2…

Kadang2 kita perlu berlaku adil pada diri sendiri..ini awak sanggup berniat nk bn0h diri..sedang kan awak boleh tinggalkan dia demi kehidupan awak yg tenang.

Cik Nadia, suami sy pernah ckp..andai kata dia berubah menjdi org yg bukan diri dia yg sy kenal.. maka pergi la tinggalkn dia..kerana dia kata lebih baik kejar bahgia sendiri dr hidup terluuka diri.. jd nasihat sy puan.. cari la kebahgian sendiri.

Klo fikir ank.. smpai kita giila.. nanti dah giila atau skit atau m4ti..sape nk k3sian kan ank.. baik cari kebhgian bersama ank2.. jgn jd b0doh mcm yg puan sndiri cakp.. kdg sbb syg dan cinta..kita jd but4.

Junaidah Man, kita yg kerja kenapa nk bagi kat suami tangung jawab rumh tangga kita boleh tangung bersama bila perlu kta kita bertolak ansur la sebagai isteri bukn sepenuh nya duit kita bebas nak beli apa.

Nk benja suami ka ank 2 kita kena ada prisip nanti ank nk belajar mna kita nk cari duit bila semua bagi kat suami ingt depa nk bantu ka ank kita tu kak dah ada pengalaman ank kak masuk u dua org kak tangung sendiri kak ada suami atas surat ja

Siti Aisyah, Maaf sebut puan, besar kemungkinan puan di beri ilmu penunduk oleh suami supaya ikut atau menurut saja cakap suami. Dalam islam segala keperluan rumah sepatutnya disediakan oleh suami.

X salah digabung gaji tapi nampak gaya puan yang menyumbang lebih, lepas tu tahu nak marahkan puan pula kata boros. Habis tu gajinya kemana ek.

Elok puan pergi berubat ke pusat raw4tan islam yang bertauliah atau puan cuba buat raw4tan sendiri dengan amalkan ayat Al-Quran. Sampai bila puan diperb0dohkan dan dijadikan bank negara suami sedangkan itu tanggungjawab dia.

BANGUN BANGUN BANGUN. Itu bukan baik namanya tapi ambil k3sempatan keatas kelemahan dan kenaifan puan. Baik beri kat orang tua puan sendiri lagi bagus.

Kak Cik Zai, Jgn b0dohkn diri sendiri…blh fikir sendiri tak pyh mintak tlg pendapat org…awak kata penat bekerja tapi kenapa duitnya dibagi pada dia sampai tak ckp nak belanja sendiri…klu nak bantu dia pun jgnlh smp kering dan tak mkn…celikknlh minda anda sikit.,..cari rakan yg blh dibawa bercerita.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.news.allmhi.com