Airmata Ustazah Asma’ Harun Mengalir Apabila Ibu Tungg4l Ini Nekad Infaq Gelang Emas, Sumbangan Yang Tidak Ternilai

Menerusi perkongsian penceramah bebas terkenal Ustazah Asma’ Harun di laman Facebook, menceritakan satu kisah yang berjaya membuatkan netizen berasa seb4k dan terharu dengan pengorbanan seorang wanita ini.

Kisahnya bermula, apabila Ustazah Asma’ dikunjungi oleh seorang ibu tungg4l kehilangan suami akibat meningg4l dunia, yang datang berjumpa dengannya semalam.

Air mata Ustazah Asma’ Harun mengalir pada 1 Ramadan kerana terharu dengan kisah ibu tungg4l ini yang begitu nekad memberi infaq gelang emas.

Menurut perkongsian Pengasas Bersama & Penaung NGO Sahabat Amal Care ini juga dia sudah lama mengenali ibu tungg4l ini dan mengetahui kisah hidup wanita tabah ini dalam mengharungi hidup membesarkan anak-anak secara sendirian selepas suaminya meningg4l dunia.

Ibu Tungg4l Ini Nekad Infaq Gelang Emas, Sumbangan Yang Tidak Ternilai

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita umat Islam apatah lagi dengan kehadiran bulan Ramadan yang penuh berkat. Sumbangan ikhlas ibu tunggal ini membuatkan Ustazah Asma’ terharu sedangkan wanita ini bukanlah senang hidupnya.

Air mata 1 Ramadan

Menerusi posting tersebut, ustazah menjelaskan sepanjang sesi perjumpaan tersebut wanita ini menang1s berikutan men4nggung segala beb4n seorang diri selama ini. Namun, apa yang mengejvtkan apabila wanita ini secara tiba-tiba membuka seutas gelang yang dipakainya dan terus menyerahkan kepada ustazah. Ujar wanita itu, dia sudah betul-betul nekad dan mahu menginfaqkan gelang emas tersebut.

“Pagi-pagi saya ke pejabat hari ni, daripada jauh lihat seseorang yang dikenali melambai. Seorang wanita yang sangat kuat dan hebat, Ibu tungg4l, suaminya pergi menghadap Ilahi ketika usia 30an. Masih muda, terlalu awal meninggalkan dia dan anak-anak yang masih kecil.

“Beberapa ketika kami berbual, dia memang seperti selalu, sebak menang1s sahaja. Katanya, kalau jumpa saya, mesti rasa s4yu dan menang1s. Saya faham, banyak beb4n yang ibu ini tanggung seorang diri.

Seorang wanita yang sangat kuat dan hebat, Ibu tungg4l, suaminya pergi menghadap Ilahi ketika usia 30an. Masih muda, terlalu awal meninggalkan dia & anak² yang masih kecil.

“Selepas itu, tiba-tiba ibu ini membuka satu gelang emas yang dipakainya, terus diserahkan di tangan saya. Dia betul-betul nekad.

Ustazah, ini gelang kesayangan, saya tiada simpanan duit cash, gelang ini biasa saya akan paj4k gad4i bila memerlukan duit untuk biaya anak belajar dan apa-apa keperluan.

Pada mulanya, Ustazah Asma’ keberatan untuk menerima gelang tersebut dan menjelaskan pihaknya menerima sebarang bentuk sumbangan walaupun kecil. Bahkan, ustazah turut menjelaskan gelang tersebut sangat mahal harganya dan mencecah RM6,000.

Bertambah berat saya nak terima, gelang ni sangat besar jumlahnya, inikan untuk backup akak dan anak-anak (berat 28.1 – nilai hampir 6k).

‘Hatinya yang luar biasa’

Kejadian yang terjadi secara tidak langsung berjaya membuatkan Ustazah Asma’ berasa seb4k dengan peng0rbanan yang telah dilakukan oleh wanita ‘cekal’ ini.

Sungguh ketika ni saya dah mengalirkan air mata, sebab saya tahu kisahnya, bagaimana struggle beliau untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang baik buat anak-anak. Saya menang1s bukan kerana terharu dapat infaq gelang, tapi pada hatinya yang luar biasa. Memberi bukan kerana ada, tapi kerana cinta.

Tidak berakhir di situ, kata-kata yang dilemparkan oleh wanita ini turut berjaya membuatkan ustazah terkes1ma dan ‘kagum’ dengannya.

Ustazah, tolonglah ambik, bukan gelang ni yang mencukupkan keperluan saya dan anak-anak, tapi Allah, bukankah Allah suka kita beri apa yang kita sayang, saya yakin Allah akan gantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik, cukuplah Allah jaga anak-anak saya.. 1 Ramadhan jadi saksi, moga Allah terima pemberian saya ni.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OhBulan