Pelakon popular, Zara Zya yang melancarkan laman web Malaysia Prihatin.com sejak sebulan lalu akan terus memanfaatkan platform itu sepanjang Ramadan ini terutama kepada mereka yang menyalurkan bantuan.
Zara, 36, atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata, laman web itu diwujudkan bagi memudahkan orang ramai untuk menyumbang dan mencari badan kebajikan yang memerlukan.
Malah, Zara juga bertuah apabila inisiatif itu disambut baik dan mendapat sokongan beberapa artis popular tanah air sekali gus menjadikan platform itu lebih dipercayai dan telus.
“Laman web ini adalah pusat untuk memudahkan orang ramai menyalurkan sumbangan atau lebih tepat untuk mencari dan menyalurkan dana. Sistem ini lebih telus sebab kadang-kadang orang nak berikan zakat, jadi kena ada saluran betul. Kadang-kadang nampak iklan di mana-mana dan bagi nombor akaun, kita tidak tahu sama ada ia nombor peribadi atau bukan.
“Jadi dengan sistem ini memang ada maklumat lanjut untuk mereka yang buat kempen. Kita tapis juga adakah pihak berkenaan betul-betul telus. Kalau tak, tidak terima. Kalau macam Badan Bukan Kerajaan (NGO), kita perlukan butiran pendaftaran syarikat (ROS) dan kalau individu pula kita akan siasat latar belakang.
“Saya adalah selebriti pertama yang hasilkan laman web begini. Alhamdulillah ramai juga rakan selebriti lain memberikan sokongan yang mana mereka berikan kekuatan kepada platform ini untuk lebih dipercayai. Dengan adanya rakan artis, mereka boleh sebarkan lagi. Jadi, jangan keliru, Malaysia Prihatin.com ini bukan NGO tapi laman web saja yang menjadi platform orang ramai menyalurkan sumbangan,” katanya.
Zara yang turut mempunyai NGO sendiri iaitu Prihatin Tanpa Sempadan atau lebih dikenali Zara Prihatin menyifatkan aktiviti kebajikan sangat dekat dalam diri.
Malah, kegag4lan dalam beberapa perniagaan diusahakan sebelum ini membuatkan dia sedar mengenai kekuatan dan kelebihan diri yang perlu diberi tumpuan iaitu aktiviti kebajikan.
“Alhamdulillah, macam sekarang saya tahu kekuatan saya di bahagian makanan dan kebajikan. Saya pun suka nak bantu golongan svsah. Saya terfikir ramai orang perlukan bantuan lebih-lebih lagi ketika penul4ran Covid-19 ini.
“Ramai menghantar mesej peribadi (DM) di Instagram saya meminta bantuan. Macam-macam masalah mereka. Saya ada juga masukkan wang sendiri, tapi, saya fikir sampai bila? Disebabkan itu saya nak ajak orang ramai untuk terbabit sama membuat amal.
“Dalam masa sama, ramai juga DM tanya macam mana nak salurkan dana dan buat bantuan. Daripada mereka masukkan wang ke dalam akaun saya, lebih baik saya buat satu sistem ini. Mereka boleh nampak sendiri keperluan mana-mana badan kebajikan dalam laman web ini,” katanya.
Perniagaan rvgi
Penubuhan badan kebajikan dan laman web ini bertitik tolak daripada perniagaan yang diusahakan Zara sejak lebih 10 tahun lalu rvgi dan tidak menjadi.
“Saya sudah mal4s menjual produk dan sudah rvgi banyak dalam perniagaan. Ini kerana saya tak jumpa pasukan yang sesuai. Saya kervgian dalam ratusan ribu ringgit. Ini saya ambil kira sejak awal berlakon iaitu lebih 10 tahun lepas.
“Sebelum ini saya ada pelbagai produk seperti penjagaan kulit, kosmetik, pakaian dan banyak lagi. Disebabkan tidak ada pasukan kuat di belakang saya, semuanya tak jalan. Apatah lagi kalau ada produk memang kena berikan komitmen sepenuhnya. Ketika itu pula saya nak berlakon dan dalam masa sama nak buat produk juga. Kekangan masa sangat terhad.
“Sekarang sudah pandai bahagi masa. Pembahagian masa penting sebenarnya kalau nak buat banyak perkara. Tak boleh terkejar-kejar. Saya pula tak pergi kelas perniagaan. Masa buat produk penjagaan kulit, saya ingatkan pengikut yang ramai di Instagram itu akan beli produk kita, tapi tak. Sebaliknya perlu ada pasukan pemasaran yang kuat.
“Daripada kegag4lan itu, saya mulai tahu di mana kelebihan saya untuk berniaga. Bukan main buat dan ikut orang saja. Kelebihan setiap orang berbeza. Jadi, kena tahu kekuatan diri sendiri,” katanya.
Zara berkata, jumlah pengikut di Instagram bukan jaminan kepada kejayaan perniagaan yang dijalankan.
“Ini terjadi kepada saya dulu. Jangan anggap mudah. Sebenarnya apa saja bidang pekerjaan dan apa kita nak buat, kena tahu apa kelebihan kita. Jangan sesuka hati nak ikut orang. Kena ada ilmu untuk sesuatu perkara nak dibuat,” katanya.
Ditanya mengenai perancangan perkahwinan, Zaya yang dikatakan sedang menjalin hubungan dengan seseorang mengakui menunggu masa sesuai untuk melangkah ke alam perkahwinan.
“Siapa tak nak ke arah itu. Saya masih lagi merancang dan tunggu waktu sesuai. Kalau nak tunggu seru mungkin kita sudah ke arah tu, cuma dari segi waktu dan bila itu tak berani nak cakap.
“Saya sudah pernah ada pengalaman. Saya sudah bercakap perkara ini, tapi tidak kesampaian. Jadi, kali ini biarlah saya simpan dulu. Apabila semuanya sudah ada ketetapan, baru berani nak cakap. Selagi belum ada apa-apa tak berani nak kongsi. Dulu pun sudah ada persiapan, tapi tak menjadi juga,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HM