GARA-GARA berkongsi foto anak keduanya Airit Qaqa Arjuna sedang menyiapkan tugasan sekolah yang diberi oleh guru, pelakon Rita Rudaini menerima komen neg4tif seorang pengikut di laman Instagram.
Dalam foto yang dimuat naik itu, Rayyan dilihat sedang menyiapkan tugasan carta keluarga atau family tree, namun apa yang menarik perhatian ialah gambar bek4s suami, Aidil Zafuan Abdul Radzak pula menjadi topik perbualan netizen.
Sehinggakan ada yang menudvh Rita masih belum move on dan tidak boleh melupakan bek4s suaminya itu.
“Sis move on la, si lelaki tu dah ada isteri anak dah… hidup masing-masinglah, nampak sangat sis tergiila-giilakan si lelaki, kasihan tengok sis masih menanti benda yang tak pasti,” tulis seorang pengikut.
Menjawab komen pengikut itu, Rita atau nama sebenar Rita Rudaini Mokhtar, 44, meminta individu berkenaan berfikir dahulu sebelum menulis komen dan tidak sewenang-wenangnya melemp4rkan tudvhan tidak wajar.
“Takkan family tree aku nak letak gambar laki hang (kamu)? Tergiila-giila kepala ot4k hang! Nak komen biar cerdik sikit, ” balas Rita.
Sebelum itu, menerusi ruangan kapsyen aktres filem Mami Jarum ini sempat berjenaka dengan pengikutnya mahu menukar gambar bekas suami dengan pelakon popular Korea Selatan, Hyun Bin.
“Family tree lagi… mummy sebenarnya nak print gambar Hyun Bin ganti tempat daddy tapi mummy takut cikgu adik pengs4n pula,” tulisnya.
Meskipun dia dan bek4s suami berdepan beberapa 1su kebelakangan ini, namun Rita sentiasa bersikap profesional mengenai hubungan anaknya dengan bapa mereka.
Rita berkahwin dengan Aidil, 33, pada 2008 namun bercer4i pada September 2013.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10, yang kini di bawah jagaan Rita.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar