Tukang masak terkenal tanah air, Cef Wan tidak mengamalkan minuman dan makanan manis untuk kekal sihat.
Menerusi hantaran terbaharu diakaun Instagramnya, Cef Wan berkongsi amalan pemakanan yang diamalkan.
Menurut Cef Wan, berst badannya turun selepas berhenti mengambil nasi dan juga roti.
Malah dia juga berkongsi tidak memerlukan banyak hidangan berbuka, sebaliknya cukuplah hanya dengan satu lauk sahaja.
“Saya buka puasa dengan tiga cucur udang dan tiga cucuk satay ayam dari De.Wan. Dengan dua gelas air tiba-tiba rasa kenyang pula. Jadi saya simpan untuk sahur pagi ini.
“Setiap tahun bila Ramadan memang saya tidak boleh makan banyak pun. Bila rasa kenyang saya berhenti. Tambahan dah berumur ini selera makan saya pun mula menurun. Saya sedar perkara itu.
“Terlebih makan pun tidak elok untuk Ramadan. Setengah orang boleh satu meja pelbagai juadah. Saya tengok pun rasa t4kut. Boleh ke mereka habis semua itu?
“Bila kita tak biasa hidup mewah dah tiba-tiba boleh bermewah mewah menjamu, I stopped that habit and attitude thinking “makan la sampai terasa kenyang dan berhenti.
“Pilihan makan saya tak suka manis-manis. Dalam sebulan berpuasa itu kemungkinan saya buat bubur pulut hitam sekali dan itu lah satu-satunya pencuci mulut saya.
“Kuih muih yang manis-manis jangan harap di meja rumah saya. Jika makan nasi cuma satu lauk dan sayur sahaja serta buah-buahan,” kongsinya.
Selain itu, Cef Wan juga bersyukur kerana dia tidak mempunyai sebarang peny4kit yang sering dihidapi oleh golongan berusia seperti kenc1ng manis dan dar4h t1nggi.
“Itu sebab saya tak ada kenc1ng manis, dar4h t1nggi and Dr kata jantung, kolestrol dan asid urik saya juga bagus.
“Cara kita makan harian dan jenis-jenis makanan itu memang boleh memberikan kesan kepada berat badan kita pun.
“Apabila saya berhenti mengambil nasi dan roti selama lebih kurang 2.5 bulan dan jika makan pun cuma beberapa sudu sahaja, saya dapati berat badan saya turun sebanyak 5kg sekarang!
“Tambahan bibik dah balik tiga bulan dan saya tidak mahu mengambil yang baru. Mengemas juga merupakan satu senaman yang bagus. Itu juga membantu saya memb4kar kalori. Alhamdulilah,” coretnya.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak