“Tak tahu bila saya boleh berjumpa mereka lagi,”- Maya Karin Terlampau Rindukan Keluarga Di London Kerana Hampir 3 Tahun Tidak Berjumpa

Pelakon dan penyanyi jelita, Maya Karin meluahkan rasa kerinduan kepada keluarganya yang sudah hampir tiga tahun tidak bertemu.

Menurut Maya dia amat merindukan keluarganya termasuk bapa, adik lelaki dan adik perempuan yang difahamkan berada di London.

“Saya rindukan keluarga saya sangat. Saya tak jumpa mereka sudah lama. Kira-kira 1 setengah tahun hingga tiga tahun.

“Dan saya tak tahu bila saya boleh berjumpa mereka lagi,” katanya.

Maya meluahkan perasaannya itu di akaun Instagram miliknya.

Pelakon Bulan & Pria Terhebat tidak dapat menziarahi keluarganya di luar negara disebabkan pandemic Covid-19 yang sedang mel4nda dunia dan sekatan ke luar negara.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang mendoakan agar Maya terus kuat hadapi dugaan itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Maya Karin (@maya_karin)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak