“Saya menyes4l sebab tak berani tarik diri..”- Pelakon Dalam Iklan Raya Jvdi Online Mendakwa Mereka Tidak Dimaklumkan Lebih Awal

Ekoran iklan raya mempromosikan aktiviti perjvdian yang mencetus kemar4han ramai sejak kelmarin, beberapa pelakon dalam video tersebut tampil memberi kenyataan.

Memetik laporan mStar, ketiga-tiga individu terbabit mendakwa mereka pada awalnya tidak dimaklumkan rakaman itu bertujuan mempromosikan aktiviti perjvdian.

“Seorang wakil dari produksi hubungi dan memasukkan kami ke dalam group WhatsApp diberi nama ‘Raya MV Shoot March 2021’.

“Saya beli baju raya semata-mata untuk penggambaran tersebut tanpa mengetahui ia mewakili jenama yang mana satu.

“Sudah jadi kebiasaan pemilik jenama merahsiakan produk mereka, malah ketika penggambaran pun, mereka cakap jangan rakam video dan jangan beritahu sesiapa kerana ia sebuah kejvtan,” kata salah seorang pelakon yang enggan dinamakan.

Tambah individu berusia 26 tahun itu, dia menyes4l kerana tidak berani menarik diri dan meneruskan penggambaran.

“Pada awalnya memang berkaitan raya, tapi masuk bahagian kedua di hujung penggambaran baru kami sedar ia adalah jvdi.

“Pihak produksi minta kami lip sync empat baris lagu yang jelas tentang perjvdian.

“Saya menyes4l sebab tak berani tarik diri sedangkan kami tiada sebarang kontrak, saya jadi p4nik, kawan-kawan lain pun kena dan saya rasa bers4lah,” katanya lagi.

Sementara pelakon utama yang terbuka berkongsi nama, Saifullah Mohd Yunus, 24, akui kecewa dengan kejadian menimpa mereka.

Menurutnya, dia terpaksa meneruskan penggambaran kerana mahu bersikap profesional.

“Kami sangat profesional, takkan kita nak minta produksi hentikan dan kami pulang.

“Memandangkan penggambaran sudahpun siap dalam 70 peratus, kami teruskan sahaja seperti yang dirancang,” katanya.

Difahamkan, Saifullah dan rakan-rakan lain sedia memberi kerjasama kepada pihak polis berkaitan 1su terbabit.

Menerusi laporan Gempak semalam, pihak polis sedang mengesan penerbit dan pelakon yang terlibat dalam video raya tul4r yang mengajak orang awam berjvdi untuk mendapatkan duit raya itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah berkata, isi kandungan video itu didapati jelas melangg4r undang-undang dan boleh mendatangkan kegus4ran awam.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak