Bazar ramadhan dan bulan puasa memang sesuatu yang tidak dapat diplsahkan, ianya paling dinanti-nantikan oleh umat islam kerana disinilah kita akan berjumpa dengan pelbagai juadah makanan, kuih muih dan minuman yang kadang-kadang tidak boleh diperolehi selain dari bulan ramadhan.
Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang lelaki di Indonesia. Lelaki ini yang dikenali Khoirul Anam, telah membeli air cincau dengan tujuan untuk diminum selepas pulang dari menunaikan solat sunat tarawih.
Macam biasa, air yang telah dibeli itu pasti kita akan tuang ke dalam bekas atau cawan supaya ia lebih mudah dinikm4ti. Namun lelaki ini terkejut beruk apabila menemui sesuatu yang pelik dari kebiasaan air cincau yang dibelinya sebelum ini.
Cincau yang kelihatan sangat sedap dan besar di plastik tersebut sebenarnya hanyalah contengan dari marker pen dan bukannya cincau yang sebenar.
Khoirul turut berkongsikan beberapa gambar plastik yang diconteng itu. Jika dilihat sekali imbas, memang kelihatan seperti plastik telah diisi dengan cincau.
Perkongsian ini telah menjadi viral dan setakat ini sudah mendapat lebih dari 3000 perkongsian dan 420 komen dari netizen.
Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap apa yang berlaku dan tidak kurang juga ada yang tidak dapat menahan gelak kerana ianya kelihatan sungguh lucu.
Apapun diharapkan agar peniaga diluar sana agar lebih jujur dalam berniaga. Ingatkan hari ini kita kenakan orang lambat laun kita pula yang akan kena balik.
Sumber : FB Khoirul Anam
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : www.ohtular.com