Siti r0hayu adalah isteri kepada Muhamad Ridhwan Mohd Zaki, lelaki yang hilang ingatan akibat kem4lang4n jalan raya pada 2017. Bermacam2 cerita dan dugaan yang dihadapinya ketika itu tetapi sekarang dengan caption terbaru beliau ini menunjukkan Tuhan Itu Maha Berkuasa.
“Macam tak percaya Allah bagi peluang kedua. Doktor jangka dulu pun dapat hidup enam bulan je, tapi kuasa Allah SWT,”
Siti r0hayu Ibrahim.
Sebelum ini, pengorbanan wanita berusia 31 tahun itu sering menjadi perhatian netizen kerana keperitan dan ketabahan menjaga suaminya selain dua anak mereka yang kecil.
Kini, selepas lima tahun, tiada apa mampu diungkapkan selain luahan syukur dengan keajaiban dikurniakan Allah SWT apabila melihat suaminya yang berusia 30 tahun itu mula beransur sihat seperti biasa.
Menerusi platform TikTok, Siti r0hayu berkongsi beberapa video mengenai kesihatan suaminya yang dilihat mula menunjukkan perkembangan positif sejak akhir tahun lalu.
Koleksi video lain memaparkan Muhamad Ridhwan sudah boleh bertutur secara perlahan-lahan dengan bergurau senda bersama isterinya selepas beberapa tahun terlantar ‘membisu’ tanpa kata.
Tidak pernah jemu mengembalikan ingatan suaminya, pengorbanan Siti r0hayu meraih pujian ramai yang disifatkan satu dalam sejuta kerana tidak berputus asa dalam menjaga pasangan hingga ke akhir hayat.
Malah, rata-rata turut tumpang gembira melihat daya ingatan Muhamad Ridhwan kembali pulih serta keadaan fizikal yang sihat sekali gus bersyukur dengan kebesaran Allah SWT.
Sumber: TikTok @sitir0hayu303
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.hmtnws.pw/