Baru-baru ini, media dihebohkan dengan berita seorang pendakwah bebas PU Amin yang telah bergambar bersama wanita s.ek si ketika dijemput menghadiri sebuah majlis berbuka puasa.
Menurut PU Amin, dia hanya dijemput sebagai pembaca doa dan niatnya hanya untuk menyampaikan dakwah dengan cara turun padang.
Menurut perkongsian yang dimuat naik di Facebook, pemilik nama Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim itu menyeru wanita berkenaan untuk menurunkan foto bersamanya di Instagram agar kontr0versi tidak melarat.
Dah minta ‘padam’ gambar
“Saya sudah minta dia padamkan foto tersebut sejak semalam tetapi masih tiada sebarang tindakan dilakukannya,” tulisnya.
Tambahnya lagi, kehadiran di majlis tersebut adalah peluang baginya untuk menyampaikan dakwah dan memohon maaf andai perbutannya merupakan satu kesalahan.
Video:
Dalam pada itu, bagi pihak wanita yang merupakan seorang instafamous bernama Nadira Isaac itu, dia turut membuat permohonan maaf secara terbuka di Instagram.
Menerusi Insta Story, dia mendedahkan tujuannya menjemput PU Amin sekadar untuk memeriahkan suasana. Tak sangka, lain pula jadinya.
Jemput PU Amin untuk meriahkan majlis
Permohonan maaf secara terbuka
“Terima kasih PU Amin sudi datang ke majlis. Tak sangka benda ni akan tercetvs seteruk ini. Saya dengan rendah hati ingin memohon maaf kepada PU kerana tercalit dengan isv ini.
“Tujuan berkongsi gambar itu ialah kebiasaan saya untuk posting di IG, sama seperti posting-posting sebelum ini. Tapi mungkin kali ini saya akui kesllapan saya.
“Sangat berterima kasih kepada PU kerana sempat memberi tazkirah yang sangat berguna kepada tetamu. Saya rasa pendekatan tazkirah PU sangat sesuai kerana saya ramai kawan dari golongan LG.G.T,”luahnya.
Di samping itu, wanita itu turut menyatakan hasrat ingin menjemput PU Amin sekali lagi bagi memberi tazkirah di pejabatnya kelak, namun dalam suasana yang lebih ‘proper’.
“Saya akan berusaha memperbaiki diri pada masa akan datang dan kalau diberi peluang saya teringin menjemput PU untuk sesi khas tazkirah di ofis,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan permohonan maaf wanita itu lebih-lebih lagi apabila melihat cara dirinya berpakaian.
Namun, ada segelintir yang menyokong instafamous tersebut.
Pakailah baju elok2 dan sopan
Hormatlah bulan Ramadan
Dia dah minta maaf, tak perlu soal baju dia
Sumber: Instagram @nadiraisaac, Facebook PU Amin
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://trendingkini.pw/