Azan Maghrib 3 minit awal, masjid di Gombak mohon maaf. Ini status puasa jemaah

SEPANJANG bulan Ramadan, azan Maghrib menjadi detik yang paling ditunggu-tunggu kerana ia menandakan masuknya waktu untuk berbuka puasa.

Pada Isnin lalu, pihak Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak, Batu Caves, Selangor tersilap melaungkan azan tiga minit lebih awal sebelum waktu yang sebenar.

Dalam satu kenyataan rasmi, pihak pentadbir masjid berkenaan turut memohon maaf atas k3silapan itu.

Menurut Nazir masjid, Wan Nawawi, k3silapan berpunca akibat masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di rumah ibadah itu.

“Assalamualaikum. Saya mewakili seluruh pentadbir Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak memohon maaf atas k3silapan kami melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum masuk waktu sebenar pada hari Isnin, 7 Ramadhan 1442 atau 19 April 2021 disebabkan oleh masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid,” ujarnya.

Ujar beliau, pandangan jumhur ulama menyatakan puasa mereka yang terlibat dalam insiden itu terbatal dan ia perlu diganti semula.

“Jemaah yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Al-Khairiyah untuk berbuka puasa, sila maklum bahawa puasa tuan puan telah terbatal pada hari tersebut dan perlu diganti atau diqada.

k3silapan berpunca akibat masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di rumah ibadah itu.

Pandangan jumhur ulama’ menyatakan puasa mereka yang terlibat dalam insiden itu terbatal dan ia perlu diganti semula.

“Begitulah pandangan jumhur ulama dalam kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama Hambali menyatakan bahawa puasa tersebut batal dan wajib diqada.

“Sekali lagi kami mohon maaf dan InsyaAllah perkara sebegini tidak akan berlaku lagi,” ujar beliau dalam kenyataan itu.

Sementara itu, rata-rata pelayar Facebook khususnya menerusi page Asal Gombak turut menceritakan pengalaman mereka yang terlibat dalam insiden berkenaan.

“Ya saya perasan juga pada waktu itu. Masih ditempat niaga (pasar malam Sri Gombak) memang akan dengar azan Maghrib seakan cepat daripada biasa.

“InsyaAllah ganti puasa bersama sunat Syawal, Isnin dan Khamis. Triple pahala.

“Untuk mengelakkan keadaan sebegini berlaku lagi, orang ramai perlu lebih cakna bila masuknya waktu solat sekaligus waktu berbuka di kawasan masing-masing,” tulis netizen.

Tersilap Berbuka Puasa Awal, Apa Hukumnya

Mungkin pernah bermain di benak fikiran anda, bagaimana jika kita berbuka puasa sebelum masuk waktunya. Contohnya, kita mendengar radio sudah melaungkan azan Maghrib, sedangkan di tempat kita lagi sepuluh minit baru akan masuk waktu.

Jumhur ulama’ telah berbahas mengenai kemusykilan ini. Islam itu agama yang memudahkan, namun, dari segi hukum, kita tidak boleh sesuka hati meletakkan hukum sendiri.

Berdasarkan kalam Allah yang berbunyi:

“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang siang kegelapan malam), iaitu waktu malam (maghrib).”

(Surah Al-Baqara, 2:187)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW juga meriwayatkan yang berbunyi:

إِذَا أَقْبَلَ اللَّيْلُ مِنْ هَا هُنَا ، وَأَدْبَرَ النَّهَارُ مِنْ هَا هُنَا ، وَغَرَبَتْ الشَّمْسُ فَقَدْ أَفْطَرَ الصَّائِمُ

Maksud: “Apabila malam datang dari arah sini, dan siang-siang menghil4ng dari arah sini, serta matahari telah tenggelam maka orang yang puasa boleh berbuka.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terdapat dua pendapat berkenaan perkara ini, iaitu sesetengah ulama’ berpendapat bahawa tidak batal puasa jika tidak sengaja dan tersalah serta ada sebahagian ulama’ berpendapat bahawa batal puasa dan wajib menggantikannya. Ini adalah berdasarkan kepada pendapat daripada beberapa orang mazhab sendiri.

Pendapat Batal Puasa

Mazhab Syafie, Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa batal puasa dan wajib untuk menggantikannya walaupun tidak sengaja. Berikut merupakan dalil yang dikemukakan melalui kitab-kitab mereka:

#1 – Mazhab Syafie

Berhubung mazhab kita, iaitu as-Syafie, Imam al-Nawawi menjelaskan:

وَلَوْ أَكَلَ ظَانًّا غُرُوبَ الشَّمْسِ، فَبَانَتْ طَالِعَةً، أَوْ ظَنَّ أَنَّ الْفَجْرَ لَمْ يَطْلُعْ، فَبَانَ طَالِعًا، أَفْطَرَ عَلَى الصَّحِيحِ الْمَنْصُوصِ، وَبِهِ قَطَعَ الْجُمْهُورُ.

Maksud: “Sekiranya seseorang makan kerana menyangka tenggelamnya matahari, ternyata belum tenggelam atau menyangka fajar belum timbul, ternyata telah timbul, dikira batal puasanya atau nas yang sahih dan ia diputuskan oleh jumhur ulama’.” (Kitab Raudhah al-Talibin, 2/363)

#2 – Mazhab Hanafi

Mazhab Hanafi telah diasaskan oleh Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nukman bin Thabit yang diamalkan di kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di Mesir, Turki, sub-benua India, Tajikistan dan Iraq. Imam al Kasani menjelaskan:

ولو تسحر على ظن أن الفجر لم يطلع فإذا هو طالع أو أفطر على ظن أن الشمس قد غربت فإذا هي لم تغرب فعليه القضاء ولا كفارة لأنه لم يفطر متعمدا بل خاطئا

Maksud: “Jika seseorang bersahur dengan menyangka bahawa fajar belum terbit, sedangkan sebenarnya sudah terbit atau berbuka dengan menyangka bahawa matahari telah tenggelam, padahal sebenarnya ia belum tenggelam, maka wajib baginya mengqadha puasanya tersebut tanpa perlu membayar kaffarah. Ini kerana dia tidak membatalkan puasanya tersebut secara sengaja tetapi tersilap.” (Kitab Bada’I al-Sana’I fi Tartib al-Syarai, 2/100)

#3 – Mazhab Maliki

Mazhab Maliki telah diasaskan oleh Imam Malik bin Anas bin Malik bin Amar Al-Harith yang telah diamalkan di Utara Afrika dan sebahagian Afrika Barat. Ibn Abdi al-Barr menjelaskan:

ومن السنة تعجيل الفطر وتأخير السحور والنهار الواجب صومه هو من طلوع الفجر إلى مغيب الشمس فإذا استيقن الصائم مغيبها حل له الفطر فإن ظن ان الشمس قد غربت بغيم أو بغيره فأفطر ثم ظهرت الشمس فعليه القضاء

Maksud: “Daripada sunnah ialah menyegerakan berbuka dan menta’khirkan (melewatkan) sahur. Pada siang hari maka wajib baginya berpuasa bermula daripada terbit fajar sehingga tenggelamnya matahari, maka halallah baginya berbuka. Sebaliknya diwajibkan mengqadha puasa sesiapa yang berbuka dengan sangkaan matahari telam tenggelam dengan sebab lindungan awan atau lainnya padahal belum tenggelam.”

Pendapat Tidak Batal Puasa

Mazhab Hanbali pula mengatakan bahawa tidak batal puasa jika tidak sengaja atau tersilap sangkaan bahawa telah masuk waktu berbuka.

Mazhab Hanbali diasaskan oleh Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dan telah diamalkan oleh masyarakat Islam di Semenanjung Arab seperti Mekah dan Madinah, pedalaman Oman dan beberapa tempat di sepanjang Teluk Parsi. Al-Mardawi menjelaskan:

وإن أكل يظن الغروب، ثم شك ودام شكه: لم يقض وجزم به، وقال في القاعدة التاسعة والخمسين بعد المائة: يجوز الفطر من الصيام بغلبة ظن غروب الشمس في ظاهر المذهب

Maksudnya: “Dan jika seseorang makan dengan menyangkakan telah tenggelam matahari, kemudian syak dan sentiasa dalam syaknya, maka tidaklah perlu dia qadha’ puasa tersebut. Dan inilah yang dijazamkannya. Dia berkata pada kaedah 159: Harus berbuka puasa dengan sebab sangkaan berat matahari telah tenggelam pada zahir mazhab.” (Kitab al-Insaf Fi Ma’rifati al-Rajih Min al-Khilaf, 3/310)

k3simpulan

Rasulullah SAW menggalakkan umatnya untuk berbuka puasa di awal waktu berdasarkan hadis yang telah diriwatkan oleh Sahl bin Sa’ad RA:

وَعَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْفِطْرَ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ

“Manusia sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan waktu berbuka.” (Muttafaqun ‘alaih)

Walau bagaimanapun, kita perlu berbuka puasa apabila telah yakinnya masuk waktu berbuka dan bukannya dalam keadaan was was.

Wallahu a’lam.

Mufti Wilayah

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/04/azan-maghrib-3-minit-awal-masjid-di-gombak-mohon-maaf-ini-status-puasa-jemaah/