Sejak pandemik kembali menular dalam negara, sebarang aktiviti merentas negeri tidak dibenarkan sama sekali jika tiada sebarang urusan penting yang melibatkan pekerjaan, kem4tian atau kecemasan.
Namun, disebabkan terlalu rindu dan sudah lama tidak bersua, ada beberapa kisah orang awam yang mengambil keputusan untuk bersua muka dengan ahli keluarga di sempadan negeri.
Lambai2 di sempadan sahaja
Jika sebelum ini tular satu kisah satu keluarga yang bertemu di sempadan negeri Kedah-Perlis, kali ini, satu lagi perkongsian yang turut mengharukan apabila ahli keluarga hanya dapat melihat di sempadan Malaysia-Thailand menerusi Golok.
Sanggup naik kereta tiga jam hanya untuk lambai cicit
Dalam muat naik yang dilakukan oleh akuan TikTok bernama @shila_ss, dia telah berkongsi momen dimana neneknya sanggup menaiki kereta selama tiga jam dari Pattani ke sempadan Golok-Malaysia hanya untuk melihat cicitnya dari jauh.
Dua tahun tak jumpa
Dalam video itu juga @shila_ss memaklumkan mereka sudah hampir dua tahun tidak bertemu dengan keluarga di Thailand memandangkan perintah kawalan pergerakkan yang berlangsung.
Jika tidak, sebelum berlakunya pandemik, setiap dua minggu sekali mereka pasti akan berkumpul bersama.
Masing2 sebak lepaskan rindu bersua muka
Diakhir video itu juga, dapat dilihat anaknya yang berusia hampir dua tahun begitu teruja apabila melambai-lambai moyangnya dari seberang sungai walaupun tidak dapat hadir dekat untuk berjumpa dengan mereka.
Ramai yang mengalami nasib sama
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang men1ngg4lkan komen diruangan TikTok @Shila_ss dengan mengakui turut merasai perkara tersebut.
Mereka juga meluahkan rasa rindu terhadap orang tua yang terpisah hampir dua tahun sejak pandemik mulai menular di seluruh dunia.
Sumber: @Shila_ss
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/22/naik-kereta-3-jam-ke-sempadan-nenek-dari-thailand-seb4k-l4mbai-cicit-dari-jauh/