Throwback Video Zaman ‘Kegel4pan’, Kejayaan Wak Doyok Ini Dijadikan Contoh Warganet

Setiap kejayaan yang diperoleh pada hari ini pasti akan menempuh kegagalan terlebih dahulu.

Begitu juga dengan pelakon serta personaliti media sosial iaitu Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor.

Wak yang juga seorang usahawan itu pernah melalui kegagalan dan merasai hidup susah ketika dahulu sehingga membuatkan beliau berasa sangat bersyukur apabila beliau sudah berjaya seperti sekarang.

Menerusi posting terbaharunya di laman Instagram, Wak ada kongsikan video kompilasi dirinya ketika zaman dahulu yang menunjukkan beliau pernah bekerja sebagai buruh kasar, kelindan lori, pemotong rumput, mekanik dan banyak lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Wak Doyok (@wakdoyok)

Namun kini Wak telah berjaya menjadi usahawan berjaya serta digelar sebagai ikon fesyen tempatan.

Kejayaannya itu turut menjadi contoh kepada pengikutnya di laman Instagram sehingga ada yang mahukan tips daripadanya sendiri.

Semoga dengan kejayaan Wak pada hari ini dapat memberi inspirasi kepada ramai lagi anak muda untuk terus berusaha dalam hidup sehingga mencapai apa yang mereka inginkan dalam hidup ini.

Sumber foto: Instagram Wak Doyok

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Hotfm