Mawar Rasyid Mendedahkan Syukur Abang Jadi Pengurus Dan Tidak Akan Risau Mengenai Soal Wang Kerana Abangnya Takkan S0nglap Duit

Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid mengakui berasa sangat bertuah kerana dikurniakan abang merangkap pengurus yang sangat bertanggungjawab menjaganya dalam segala hal.

Menurut Mawar, abangnya itu merupakan seorang yang sangat kuat bekerja bagi memastikan segala urusan hariannya berjalan dengan lancar.

Katanya lagi, dia juga tidak akan risau mengenai soal wang kerana menyifatkan abangnya merupakan seorang yang jujur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid)

“Bebey akan nangis kalau Mawar cakap thank you kat dia, Mawar akan cakap thank you sebab kerja keras untuk Mawar, bebey akan terharu sebab dia memang all out demi nak cari rezeki untuk kluarga bebey dan nak jaga yang terbaik untuk adik dia.

“Alhamdulillah syukur sangat-sangat bila abang sendiri jadi Manager Mawar. Apapun, kita tahu dia takkan s0nglap duit. Bab-bab duit kita tak yah risau sebab dia memang jenis jujur.

“And yang best nya, kalau dia kerja, memang dia buat betul-betul. Mana nak cari manager hebat macam ni. A-Z dia tolong settlekan dengan bantuan @arfanrashid , contoh dia, mua adik ke, baju adik ke, dialog adik ke.

“Sometimes my hubby @rafyaakob pun akan team up with my brothers to plan my schedule. Because memang hectic sangat. Syukur sangat Mawar ada mereka ni. Boleh la Mawar buat kerja-kerja Mawar yang pelbagai ni, sambil ada time jugak untuk family. Alhamdulillah,” tulisnya.

Rasa terharu itu dikongsikan oleh finalis Dewi Remaja 2017/2018 itu menerusi sebuah entri di laman Instagram miliknya.

Dikesempatan itu juga, Mawar turut dilihat ada menitipkan ucapan penghargaan buat abangnya itu kerana telah banyak berkorban buat dirinya sepanjang bergelar anak seni.

“Thank you brother! Hope you are happy! I just wanna say thank you so much to you sebab betul-betul buat yg terbaik untuk adik sampai kadang-kadang migrain, thank you jaga adik betul-betul, jaga em0si adik yang paling terbaik, thank you sanggup k0rbankan masa bersama your family hanya kerana nk jaga adik.

“Thank you jaga relationship dengan client bagus-bagus supaya dorang sentiasa ingat dan bagi job banyak-banyak kat adik.

“Nasib baik la you ni memang background dalam industry seni ni. Allah memang dah atur perfectly about everything. Alhamdulillah. Ok bye @eddydatorashid,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telah dua beradik tersebut selain turut mendoakan semoga Mawar akan terus sukses lagi selepas ini.

Sumber: Instagram Mawar Rashid

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH