PELAKON Aishah Azman melahirkan kekec3waannya terhadap sikap tidak bertanggungjawab penerbit drama Rindu Yang Hilang yang didakwa mengambil ringan tentang j4ngk1tan v1rus c0v1d-19.
Menerusi Instagram Story, Aishah atau nama sebenarnya, Nor Aishah Afika Azman, 25, mendakwa penerbit tersebut telah memaksa seorang pelakon yang mempunyai kontak rapat dengan pes4kit c0v1d-19 untuk hadir menjalani penggambaran drama itu baru-baru ini.
“Saya sebagai salah seorang pelakon untuk team Rindu Yang Hilang sangat kec3wa dengan tanggungjawab penerbit drama ini.
“Dia boleh memaksa seorang pelakon yang memang dah ada kontak rapat dengan pes4kit c0v1d-19 untuk hadir menjalankan penggambaran tanpa fikirkan pihak pelakon dan team (kru produksi) yang lain.
Perkongsian Aishah di Instagram Story.
“(Ini semua) atas sebab tak nak bayar lebih untuk tambahan hari. Dia juga biarkan para pelakon untuk bekerja sehingga 24 jam atas sebab tak nak mengeluarkan bajet yang lebih,” katanya.
Susulan rakan pelakonnya mempunyai kontak rapat dengan pes4kit positif c0v1d-19, Aishah dan beberapa rakan pelakon lain telah melakukan sendiri ujian calitan (swab test).
Dia boleh memaksa seorang pelakon yang memang dah ada kontak rapat dengan pes4kit c0v1d-19 untuk hadir menjalankan penggambaran tanpa fikirkan pihak pelakon dan team (kru produksi) yang lain.
AISHAH AZMAN
PELAKON
Bagaimanapun, Aishah meluahkan kesyukuran di atas keputusan negatif yang diterimanya selepas membuat ujian tersebut di sebuah klinik swasta pada Sabtu.
“Alhamdulillah, saya negatif. Terima kasih semua yang mendoakan baik-baik untuk saya dan keluarga serta team Rindu Yang Hilang.
“Moga Allah membalas kepada pihak tidak bertanggungjawab dengan setimpal.
Aishah melakukan ujian calitan.
“Pertama kali saya bekerjasama dengan seorang penerbit yang pentingkan diri begini dan selepas dapat tahu pelakon tersebut positif c0v1d-19, dia langsung tidak (mahu) bertanggungjawab untuk membayar semua kos swab test pada semua team Rindu Yang Hilang.
Sebelum ini, tiga pelakon drama Kiblat Yang Hilang iaitu Sweet Qismina, Laila Nasir dan Farisha Irwayu juga telah disahkan positif c0v1d-19 ketika mereka menjalani penggambaran drama bersiri itu baru-baru ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar