“Nanti Pulang Pinggan.” Anak Jiran Bagi Kuih, Pesan ‘Khas’ Ibu Buat Ramai Terhibur

Bulan Ramadan merupakan bulan umat Islam untuk mengumpul lebih banyak pahala. Pastinya sebagai masyarakat yang hidup berjiran, amalan memberi juadah untuk berbuka puasa menjadi kebiasaan yang sering dilakukan jika ada rezeki lebih.

Walaupun tidak meminta sebarang balasan, namun amalan tersebut sangat menghidupkan semangat kejiranan dan membuatkan hubungan silaturahim lebih erat.

Comel hantar kuih

Menerusi hantaran video seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @iqblzmri_, dia telah memuat naik satu perkongsian  ‘comel’ seorang kanak-kanak menghantar juadah untuk berbuka puasa ke rumahnya.

Dalam video tersebut dia memberitahu bahawa ibunya memberikan sedikit makanan untuk berbuka puasa sambil menghulurkan beberapa potong kuih yang diletakkan diatas pinggan.

Apa yang menarik perhatian pengguna Twitter adalah pesanannya sebelum bergerak pulang apabila meminta memulangkan semula pinggan tersebut kerana ibunya berpesan seperti itu.

Teringat time kecik2 dulu macam ni

Sehubungan dengan perkongsian berkenaan, ramai yang berasa ‘geram’ dengan kecomelan kanak-kanak tersebut bercakap dan men1ngg4lkan pesanan.

Mereka juga turut sama mengimbau kembali situasi yang pernah dihadapi pada waktu kecil ketika menghantar makanan kepada jiran-jiran semasa bulan Ramadan.

Dia jalan lompat2 comel!

Nanti pulang jangan pinggan kosong tau

Kantoi tak pulang pinggan ke bang?

Dia malu2 tapi beranikan diri

Sumber: iqbalzmri_

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/04/26/nanti-pulang-pinggan-anak-jiran-bagi-kuih-pesan-khas-ibu-buat-ramai-terhibur/