Tanggal 26 Mac lalu, kita dikejutkan dengan berita gembira mengenai majlis pernikahan serba putih dan serba mewah oleh pasangan Noor Neelofa dan Haris Ismail.
Adakah dalam masa terdekat ini, satu lagi majlis perkahwinan akan diadakan bagi menyambut ahli keluarga baharu?
Adik Neelofa iaitu Ameera Khan telah memuat naik beberapa dress serba mewah di Instagram story miliknya pada 25 April lalu.
“My wedding dress from Dior”
Dalam masa yang sama pada pagi 26 April, Ameera turut memuat naik foto kubah di sebuah masjid yang dikunjunginya.
Namun, kesahihan perkara tersebut masih lagi tidak dapat dipastikan memandangkan keluarga mereka ini penuh dengan kejutan dan teka-teki.
Sebelum ini pun, secara tiba-tiba kakak sulung mereka iaitu Noor Nabila turut telah mendirikan rumah tangga bersama dengan Engku Emran tanpa pengetahuan awal umum.
Apa pun, apa salahnya kalau benar jika tidak lama lagi Ameera juga akan mendirikan rumah tangga, mungkin sudah sampai jodoh untuknya.
Boleh jadi juga Ameera hanya bergurau kan, tapi apa pun kalau ia benar berlaku mesti berita itu akan dikongsikan kepada umum.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber foto: Instagram Ameera Khan