23 April lalu genap 72 tahun perkenalan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri tercinta, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Sering disifatkan pasangan romantis dan penuh sense of humour, Ogos nanti Tun M dan Tun Siti bakal melangkah usia perkahwinan ke-65.
Bukan satu tempoh yang singkat! Pastinya tanpa persefahaman dan sikap tolak ansur, tidak mungkin suami isteri mampu mempertahankan rumah tangga sampai lebih enam dekad.
Kagum dan tersentuh dengan cinta luar biasa pasangan pemimpin negara ini, Dato’ Seri Mukhriz Mahathir yang merupakan anak bongsu kepada Tun M dan Tun Siti ini terbuka mendedahkan saat berputiknya cinta ibu bapa beliau kepada umum. Daripada perkongsian Dato’ Seri Mukhriz, jelas menyerlahkan sisi romantik bekas Perdana Menteri tersebut.
Kongsinya, “72 tahun yang lalu, pertama kali ‘Uda’ melafazkan cintanya kepada ‘Dara’, ILOVEYOU – dieja ketika bermain Scrabble dengan Dara yang telah menawan hatinya. Tetapi bila hendak pulang malam itu, Uda terpaksa pinjam RM5 daripada Dara. 7 tahun kemudian, mereka bergelar suami isteri. Cinta mereka terus mekar di usia 90.”
Ternyata, cara Tun M mengungkap rasa cinta, tidak seperti pasangan muda hari ini yang menzahirkan rasa kasih secara terang-terangan. Meskipun kedua-duanya berusia 90an namun cinta mereka masih hangat hingga ke hari ini. Tetap bergurau senda, keluar berdua dan berpimpin tangan.
Tun Dr Mahathir bukan hanya dikagumi kerana kebijaksanaan mentadbir negara tetapi turut dijadikan contoh suami terbaik yang menyenangkan hati seorang isteri. Keakraban mereka turut diakui anak-anak.
Menerusi laman media sosial Tun M pula, pemimpin terulung kelahiran Kedah ini tanpa segan memuat naik gambar mesranya di samping isteri. Sama ada ketika menghadiri majlis rasmi di dalam mahupun luar negara, Tun M tetap setia menggenggam erat jemari Tun Siti Hasmah di khalayak ramai.
View this post on Instagram
Masih mengingati detik awal perkenalan bersama isteri tercinta, Tun M turut memuat naik video romantis sepanjang perkongsian hidup bersama wanita kesayangannya itu. Moga rumah tangga Tun M dan Tun Siti Hasmah terus mekar hingga ke syurga.
Kredit: Instagram Mukhriz Mahathir & Chedet
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Nona