Mengikuti kisah cinta dua sejoli pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli yang kini sudah mengikat tali pertunangan pada 4 April lalu, pastinya peminat-peminat setia sudah tidak sabar lagi untuk menunggu hari-hari bahagia mereka sebagai ‘wedding of the year’ ketika diijabkabul nanti.
Dikhabarkan pasangan ini sudah mencapai peratusan persiapan yang mungkin ke tahap ‘sempurna’ apatah lagi ia dikatakan semakin menghampiri ke jinjang pelamin.
Namun, setakat 28 April 2021, pasangan ini masih lagi merahsiakan tarikh pernikahan mereka kepada umum atau ada sesuatu yang berlaku disebaliknya?
Jika melewati ke laman Instagram milik Uqasha Senrose, terbaharu beliau ada memuat naik kenyataan gambar yang mungkin menjadi tanda tanya buat orang awam mengenai apa maksud kata yang tersirat disebalik ‘rungutan’ yang cuba diluahkan.
Di sini, tiada sebarang penjelasan lain yang mampu kita duga, namun diharapkan keluhan yang diluahkan ini bukan berkaitan majlis perkahwinan yang sudah dirancang mahupun ditujukan kepada tunanganya, Kamal Adli.
Sebelum ini menerusi sumber sebuah laman portal, Kamal Adli dan Uqasha pernah mendedahkan bahawa mereka bakal mengadakan tiga majlis resepsi bagi meraikan hari bahagia mereka yang dijangka berlangsung pada pertengahan tahun ini.
Selain itu, Uqasha Senrose ada juga memuat naik gambar qoutes tanpa sebarang ulasan lanjut di Insta Story miliknya.
Mengetahui bahawa setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya, bukan sahaja tertumpu pada sesebuah pasangan namun hubungan sesama kekeluargaan atau rakan taulan juga kadang mampu terurai jika berlakunya sesuatu isu yang tidak mampu mencapai kata sepakat.
Realitinya, sesebuah perhubungan tidak lengkap tanpa ada perselisihan pendapat atau pertengkaran kecil di antara satu sama lain.
Benar atau tidak, itulah hakikatnya bahawa tidak ada hubungan sempurna dalam percintaan mahupun perkahwinan.
Bak kata sesetengah orang, berg4duh-berg4duh ‘manja’ itu pengikat hubungan namun jangan pula biarkan ia berlarutan sehingga berlaku perkara sebaliknya.
Apa yang dapat kita rumuskan disini, hal ini ‘mungkin’ tidak ada bersangkut-paut dengan ikatan cinta beliau bersama Kamal Adli, dan jika benar pastinya mereka ini sudah mengumumkan dengan jelas mengenai status majlis mereka.
Tidak menjadi titik tolak, hal ini perlu di ambil kira dengan situasi semasa yang hanya mampu membenarkan sesuatu majlis itu diadakan atau tidak.
Apa-apa pun diharapkan, Uqasha dan Kamal Adli berada di dalam perhubungan yang baik-baik sahaja. Semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar hendaknya.
Sumber:Instagram Uqasha Senrose
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://www.dnq.pw/