KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, 39, tidak menolak ada pihak cuba mengambil kesempatan menjatuhkan nama baik dalam kemelvt rumah tangga dengan pegawai polis, Meor Mohammad Aidid.
Belum reda kontr0versi pernikahannya, Serina did4kwa terbabit dengan sindiket, baru-baru ini.
Serina sudah membuat laporan polis menganggap fitn4h dikaitkan dengannya tidak masuk akal, selain cubaan menjejaskan kerjaya dan perniagaan telekung, Serina Inspire yang dibina sejak dua tahun lalu.
“Apa yang keluar dalam laman web dan media sosial semuanya fitn4h. Saya anggap cubaan menjatvhkan nama baik dan reputasi perniagaan yang dimiliki.
“Netizen pula tidak berhenti melemparkan pelbagai kata n1sta, seolah-olah mengetahui apa yang berlaku di sebalik kehidupan saya selama ini.
“Namun, apa yang berlaku biarlah menjadi pengajaran. Saya perlu bangkit meneruskan perjuangan kerana ini jalan yang saya pilih. Tidak mengapalah, ini dugaan besar saya,” katanya kepada BH Online.
Serina berkata, apa yang berlaku biarlah berlalu, dirinya juga enggan larvt dengan fitn4h yang dilemparkan.
“Saya tidak mahu bisnes dibina daripada kosong musnah begitu sahaja. Tambahan pula, banyak mulut perlu disuap terutama aspek kebajikan ejen dan pekerja.
“Saya memang menaruh harapan tinggi untuk menjadikan dunia perniagaan sebagai periuk nasi utama selepas peralihan daripada dunia seni yang sekian lama diceburi.
“Ada yang menganggap saya mengambil kesempatan menerusi kontr0versi berlaku untuk melariskan bisnes. Sedangkan, bukan setahun dua saya menceburi bidang perniagaan. Saya langsung tiada niat seperti yang disangka,” katanya.
Katanya, dia memilih bisnes telekung kerana ia boleh mengingatkan dirinya menjaga solat dan terus beristiqamah mendekatkan diri dengan Allah.
“Pembabitan saya dalam bisnes telekung ini bukan dibuat secara tergesa-gesa dan ingin mengambil kesempatan atas kerjaya sebagai selebriti.
“Selain berdakwah secara halus, sedikit sebanyak bisnes telekung memberi peringatan kepada saya mengenai kepentingan menjaga solat. Kita semua tahu solat adalah tiang agama,” katanya.
Terdahulu, Serina mencetuskan kontr0versi apabila did4kwa berkahwin dengan suami orang tanpa pengetahuan bapanya, chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.
Keadaan semakin pan4s apabila bek4s isteri Meor Mohammad Aidid mend4kwa belum bercer4i ketika Serina dan suaminya berkahwin di Perlis, selain tidak mendapat kebenarannya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : BH